Patients in the clinic

Wednesday, December 15, 2010

Cinta oh cinta

       
                            CINTA ITU SEMEMANGNYA INDAH. TIDAK DAPAT DINAFIKAN

Pastilah semua orang pernah merasai apa ertinya cinta. Cinta ibu-bapa, cinta kawan, cinta abang dan adik, cinta guru, cinta kekasih. Hmm cinta kekasih? Sejak zaman persekolahan, seringkali saya melihat teman-teman seperjuangan menceritakan tentang kekasih mereka, inilah itulah. Ada yang senyum sorang-sorang. Ada yang makan berduaan, belajar bersama-sama. Saya sekadar memerhati. Tidak pernah mengenal istilah "kapel" dan pernah merasainya sejak di bangku persekolahan. Jikalau diceritakan kepada kawan-kawan, mereka pasti mentertawakanku.

 Sejak masuk kolej, kakak usrah selalu cakap yang tiada istilah kapel dalam islam. kapel tu mendekatkan kita kepada zina. Phew. patutla Allah tidak pernah mengurniakan aku teman lelaki. Aku tidak pernah mengetahui bahawa kapel itu haram, aku ingatkan kita dibenarkan kapel asalkan pergaulan kita terbatas dan dijaga.
Alhamdulillah aku diberi peluang untuk belajar dan terus belajar. Di Kolej Mara Banting, banyak ilmu yang aku perolehi tentang Islam terutama sekali waktu usrah dan kulsem (kuliah sepuluh minit selepas maghrib). Waktu tazkirah time kelas Pai, aku tekad untuk memberi tazkirah berkenaan cinta dalam islam.

Wahai sahabat-sahabatku, kakak seniorku pernah berkata "kita tidak perlu risau tentang jodoh kita, kalaulah ditakdirkan jodoh kita itu di Hong Kong sekalipun, kalau dia tu jodoh kita, pasti kita dipertemukan dengan si dia"

Jadi?

Kenapa harus gundar? Tidak perlulah kita kaum hawa merendahkan diri kepada golongan adam, padahal Allah mencipta kita begitu mulia disisinya.

HEHE TIBE-TIBE BERSEMANGAT BICARA TENTANG CINTA

Begitu saje coretannya, nanti saya sambung lagi yer.
P/S semoga saje Allah menyimpan untuk kita jodoh yang terbaik ibarat sebutir bintang yang berkilauan,
lebih bersinar dari beribu bintang yang lain, bercahaya dengan iman. Insya-Allah

Assalamualaikum.
   

No comments:

Post a Comment