Yea inilah diriku. Begitu menggemari novel, tapi novel malay a1 yang cikgu kasi masih belum habis kubaca.
Begitu elok tersusun, tidak diusik, apatah lagi dibaca. Haha. Aku tergelak sendiri. Bagaimana mungkin "novel freak" mcm aku menghadapi kesulitan untuk menghabisi novel yang diberi oleh cikgu. Namun aku tekad, aku ingin juga memaksa diriku utk mmbaca novel yang penuh dgn perkataan yg berbunga-bunga ini. Tetapi aku tewas di medan pembacaan dan hilang di dunia lain. Kata-kata yang ditulis dlm buku2 tersebut begitu indah, nmun begitu menyiksa batinku. Haih kenapa cikgu tak kasi novel cinta ke mcm Alaf 21 tu?
Aku berjaya!! 2 novel malay a1 telah kubaca. Tinggal satu saja lagi. Aku merasa begitu bangga dgn diriku.
Lalu aku ingin beralih kpada novel cinta sbentar. Ttapi sume novel cinta telah habis ku baca. Pada suatu hari, adik aku terjumpa novel Soalnya hati dalam stor. Hatiku merasa senang. Petang tu, aku mula membacanya.
Ceritanya sungguh kelakar, dan aku tersenyum- senyum sendiri. Ceritanye mengenai percintaan prmpuan bernama Zulaikha dan llaki yg begitu aneh prangainya.dan sring bersikap kasar terhadap perempuan, Sufian. Mereka mula2 berkawan baik.
Malam tu jugak aku habis baca novel ini. Aku sgt menggemari novel ini, kerana ia tidaklah begitu romantis dan penuh dgn kata2 manis (sy tak ske ayat2 skema) dan sgt kelakar.
Hehe itu sje ingin kukongsikan. Bacalah yer novel ni. Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment