Patients in the clinic

Monday, June 4, 2012

Aku kah bintang itu?

Aku ingin sekali menjadi bintang yang bersinar lebih dari bintang-bintang yang lain. Sinarnya yang silau dari bayangan dosa dan bisikan syaitan yang terus mencari peluang menyesatkan anak-anak Adam. Aku ingin sekali menjadi diri mereka yang terus berjuang mencari cintaNya. Tidak pernah lelah dan tidak pernah kenal erti putus asa. Malang sekali, Mr iman jatuh menjunam, aku terjatuh dan terus tenggelam. Kadangkala, aku mengeluh sendiri. Aku seperti hilang arah tuju, hanyut dek leka dibuai nikmat dunia. Mampukah aku bangun semula dan bangkit dari kelalaian yang terus memakan diri? Kenapa aku begini? Bangkitlah! Bangkitlah! Selagi peluang masih ada, dan selagi diri ini masih boleh bernafas.

Kadang-kadang diri ini merasa penat, penat dengan godaan dunia yang terus mengancam diri. Tetapi salahnya datangnya dari diri sendiri, yang tidak pula ingin berlari dan terus berlari mencari cinta Illahi. Halo!! CintaNya tidak datang dengan sendiri, harus dicari. Cukuplah sudah hati merasa sepi dari cintaNya. Cukuplah diri ini menjadi bintang yang malap itu. Inginku jadi bintang yang bersinar terang dan tidak hilang sinarnya walau diri sering diuji.

P/S: Accomplishment so far >>
        1)  Solat berjemaah dengan adik2 di rumah

        2) Adik2 baca doa selepas azan :)

Alhamdulillah. Jagalah diri ini dan diri mereka ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment