Patients in the clinic

Tuesday, July 24, 2012

Puasa bukan alasan!

Cewah. Dah berhabuk blog ni tak dihapdet. Masya-Allah, bulan Ramadhan kali ini diisi dengan jadual yang cukup padat. Medical check up, segunung borang harus diisi sebelum penghijrahan ke bumi Ireland, LOGC, blablabla.. Malas nak pikir, haha. Sebelum pikiran ini menjadi semakin serabut dengan urusan keduniaan, elokla diri ini menulis post sharing2 mengenai Ramadhan.


Budak kecik ni pon semangat!
Semoga jadual ini padat dengan perkara yang bermanfaat, bukan perkara yang sia2. Adakah anda layu dan lembik seperti pohon yang tidak disiram seminggu, ketika berpuasa? Hehe, Mungkin kita merasa agak penat, especially adik2 yang kena pegi sekolah jalan kaki tuh. Fuhh pengalaman sendiri, jalan kaki bawah cahaya matahari terik, tekak kering, balik uma terus landing, tak ingat dunia. Kalau budak sekolah rendah pulak, ada yang dah pegi beli air kat kantin sebab dah tak tahan haus (Pengalaman adik sendiri, tapi terkantoi dengan ayah, haha). Tapi, kepenatan tu sedikit sahaja, jika hendak dibandingkan dengan ganjaran Allah bagi orang2 yang bersabar. 

Sabar itu indah sekali :")

Disini aku juga ingin menge-share satu gambar ni, Sama2 kita lihat dan renungkan.


Jadi, kepada mereka yang merasa makanan sahur atau makanan berbuka mereka tidak mencukupi, fikir kembali. Ada di kalangan saudara kita sendiri, yang diuji dengan pelbagai  rintangan, rumah dibom, bekalan makanan habis. Baru-baru ini, ada berita di TV mengatakan bahawa harga makanan di Syria melambung naik akibat pergolakan yang berlaku di negara mereka sekarang, sehinggakan ada yang mengikat perut dengan tidak bersahur. 

Diri ini ingin memetik kata2 ustad dalam tazkirah sblum solat tarawih beberapa hari yang lalu, 

"Bulan ini seperti bulan melantak. Iklan makanan di mana2, bazaar ramadhan la, buffet ramadhan, kat tv pon iklan makanan. Takde pulak iklan ibadat. Bukan nak promote tadarus, bangun qiam. Ada tu, orang solat terawih 8 rakaat, die pusing bazaar ramadhan 8 kali. Entah apa yang dia cari."

Lawak jugak ustad tu, tapi tajam kata-katanya sehingga menusuk hati. Dia sambung lagi,

"Dalam bulan2 lain takde tuhan ke? Time Ramadhan je, surau penuh, time lain surau masjid kosong. 11 bulan buat maksiat, lepastu bulan ni senang2 doa nak mintak keampunan dari Allah, Bila da 1 syawal je, mula balik buat maksiat" (Sori ni ada tokok tambah sket)

Kalau ikutkan, banyak lagi la input dari ustad. Tapi sayang, digest terus jer, malas nak salin. Tapi bes la kan, dah lama takde pengisian berbentuk ceramah gitu, selalu setiap malam jumaat je kat KMB. Alhamdulillah. 

Sebelum saya mengakhiri post ini, saya ingin menge-crop kata2 ustad semalam,

"Malaikat Jibril berkata "celakalah kepada sesiapa yang melalui bulan Ramadhan tanpa memperolehi keampunan dari Allah, lalu Rasulullah berkata 'Amin' "

Jadi, kita tidak ingin menjadi antara golongan yang dicelakakan itu kan? Marilah kita sama2 rebut keampunanNya. Insya-Allah.

-Budakhapiselalu

P/S since bulan ini adalah bulan Al-Quran, marilah kita sama2 menjadikannya kawan baik kita, formulanya :baca, paham dan amal (quoted from tanyalah ustaz),


No comments:

Post a Comment