Patients in the clinic

Sunday, February 3, 2013

H.A.T.I

Assalamualaikum. Alhamdulillah sudah lama tidak ku tulis di corengan ini, insya-Allah kali ini daku ingin berbicara mengenai hati. Fuhh topik yang menarik, namun abstrak. Semoga ALLAH melancarkan tanganku untuk menaip persoalan-persoalan yang terbuku di hati. 

Jika kita berbicara mengenai hati, kita mungkin akan terlintas di fikiran tentang perasaan. Feelings. Cinta. Cheh da muncul da perkataan C.I.N.T.A. Apakah itu cinta? Seperti yang sahabat-sahabatku katakan semalam ketika kulsem, cinta itu sebenarnya suatu yang abstrak. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa cinta itu sungguh, perasaan yang indah. Semua orang ingin mengejarnya, semua ingin merasakan kemanisan cinta. 

Cinta apakah yang kita cari? Cinta manusia? Adakah akan kita isikan dan basahkan hati kita hanya dengan cinta manusia semata-mata?  Sedarkah kita ada cinta agung yang tidak pernah tidak berbalas, malah cintaNya mengatasi segala cinta-cinta yang lain? Sedangkan, cinta manusia itu kadang-kadang tidak berbalas (read: love clap one hand)

Eh kebelakangan ini, ramai juga dalam kalangan teman2ku membicarakan tentang soal perkahwinan. Pergh. Aduhai, mengeluh sendiri (haha). Dimanaku cari pujaan hati? :D *gelak guling guling*

Tiba-tiba berkumandang lagu setanggi syurga nyanyian Inteam......

Izinkan aku melafazkan kata 
Bicara hati yang mudah diterjemah 
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung 
(Kerna awan itu rapuh) 

Bahagia buat mereka 
Yang bertemu cinta yang teragung 
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi 

Ku anyam rindu menjadi hamparan 
Kerna ku pasti adanya pertemuan 
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan 
Tak bertemu pengucapan

Puitis kot nasyid nih, ada part yang aku tak mengerti. Huu. Tetapi the point is, jikalau kita mengejar cinta yang agung itu, insya-Allah settle lah cinta-cinta kita yang lain tu. Percayakah anda? :)


H.E.A.R.T  kita transparent kepada Nya

Teringat daku kepada babak dari drama 'warkah cinta' , seorang ustaz menasihatkan kepada pelajarnya (seorang tahfiz) untuk tidak terlibat dalam 'cintan cintun' kerana hal ini dapat menjejaskan hafazannya. Di sini aku meng-refleks kepada diri sendiri, bahawa sesungguhnya, hati ini hanya dapat ku beri kepada cinta yang selayaknya. Jika hati kita dinodai dengan mengingati ehem ehem yang ajnabi, habislah. Nak bicara tentang hafazan anatomy, surah panjang2?  Bermimpilah kau emi.  Nak hafaz surah pendek pun tak lepas2. Eee takutnya. 

Di sini, ingin ku katakan bahawa, bukanlah mudah untuk kita menjaga hati, namun setiap usaha kita itu pasti dipandang olehNya. Sahabatku berkata, seorang yang berjiwa besar itu tidak melihat kepada perkara-perkara yang kecil, seperti persoalan hati (cintan cintun), malah melihat kepada permasalahan yang lebih besar. Lupakan sahaja kisah cintamu (chewahhh pesanan kt diri sndiri), kerana sesungguhnya ada cinta yang lebih besar dan lebih osem yang sedang menunggumu. Chaiyok sume. 

Heee :)


Mari kita mengejar cintaNya, dan mengejar happy ending di syurgaNya. Siapa yang tak suka happy ending?




Itu sahaja mengenai cinta. Ingin ku kongsikan pengalamanku ketika berjumpa kanak2 di GICC  (Galway Islamic Cultural Entahxingat) baru-baru ini. Hee bes sangat jumpa mereka semua. 


This girl is Algerian. She can speak Arabic, Algerian, French, English. Her name is Tasneem. Cute overdoes.

Meet my sisters from Sudan...


Dua orang ni adik beradik.



Budak ni suka senyum. Comel sangat

Seronok sangat jumpa budak2. Hilang stress blajar. Huu. And introducing......... my ANATOMY GROUPMATES. Sahabat-sahabat yang tekun berdisect. Minggu lepas baru je dissect H.E.A.R.T. :)  


Yang pakai baju biru tuh Huda Al-Imari. Asal Iraq, tetapi dah lama menetap di Canada. 

Gambar di atas di ambil ketika International Dinner kelmarin. Wokeh itu sahaja, back to our topic, semoga kita boleh sama-sama menjaga hati kita. Sesungguhnya, hati kita itu milikNya semata-mata :) Go emi!

No comments:

Post a Comment