Patients in the clinic

Thursday, June 20, 2013

Menjejak tarbiyah di bumi Eropah

Hati terasa berat untuk memulakan liku-liku perjalanan kami di bumi Eropah. Hati merintih sekali sekala. Bukan tidak menarik, cuma diri ini kurang gemar untuk menjelajah di bumi di mana Islam terasa agak asing. Tetapi demi tarbiyah dan ukhuwah, kaki ini gagah melangkah, di mana tanpa daku sedari, cabaran baru sahaja bermula dan kesabaran bakal teruji. Tanpa secebis iman di dada, kesabaran boleh dirobek robek dan kebergantunganku kepadaNya bisa saja jatuh menjunam. 
It was the time that all the lessons from usrah, were put into use. Well, should be.

Amsterdam : 'manusia seburuk-buruk akhlak?'

Aku membuka mataku yang agak letih, sudah berjam-jam di atas bas. Ku pusing di sebelah kanan ku, Pojah sudah tertidur sambil memegang buku yang dibacanya dari tadi, mengenai comparative religion. Rajin sekali sahabatku ini, siap di highlight kemas.

Ketua rombongan kami masih belum habis berbicara tentang tempat tujuan kami, iaitu Amsterdam. Dari tadi topik perbicaraannya mengenai suatu tempat tarikan pelancong di Amsterdam iaitu Red Light District, yang terkenal dengan aktiviti pelacuran. Dia menerangkan bahawa Amsterdam adalah satu-satunya negara di mana prostitution adalah legal. Masakan tidak, Amsterdam mempraktikkan liberalism, mementingkan hak kebebasanBla bla bla, telinga sudah merasa kebal mendengarnya, jijik barangkali. Takkan lah tu je fakta menarik tentang Amsterdam, aku merungut sendiri. Aku keluarkan mp3, dan mula tenggelam dalam duniaku. 

Ketika tiba di Amsterdam, aku dan beberapa temanku tidak ikut rombongan kami menaiki cruise, agak mahal untuk diriku yang hanya bawa duit cukup-cukup makan. Kami pun mencari tempat untuk mengalas perut. Aku bertanya kepada penolong rombongan,

"kitaorang nak pegi makan, mana nak cari makanan halal ek? "
"Oh korang tengok tu, jalan terus, belok kiri, pastu terus je, ada kedai kebab, tapi tu dah masuk  kawasan red light district la"

Gulp.

Tapi kami beranikan diri, panggilan mengisi perut lebih penting. Hee. Ketika kami melangkah, kami melihat banyak juga kedai makanan kebab. Tanpa berfikir panjang, kami pun melangkah masuk ke salah satu kedai kebab. 

Kami dilihat oleh orang-orang sekeliling dengan pandangan yang tajam. Ramai sekali lelaki di situ. Kebanyakan dari mereka memakai baju merah putih, orang kedai mengatakan bahawa mereka sedang meraikan kemenangan football match. Habislah. Parti minuman keras akan bermula sebentar lagi, dan kami berada di Red Light District.

"Why do you work here? Isn't it dangerous?" aku bertanya kepada empunya kedai, yang berketurunan Arab.
"No. I enjoy working here. I like it here. It's very safe" jawabnya sambil tersenyum bangga. 

Aku terpandang poster-poster produk kecantikan yang tergantung di hadapan kedai-kedai di situ. Err. Aduh. No komen *muntah hijau* . Rasa tidak sabar untuk menjejak kaki keluar dari tempat ini.

Kami pun menjejakkan kaki kami ke souvenir shops. Banyak sangat kedai souvenirs di sini, sederet. 

"Weh, souvenirs dia sume tak elok ar, pengotor betul" kawan ku merungut.
Aku pun agak terkejut. 
Ada satu t-shirt tertulis '3 things in Amsterdam: sex, drugs and wooden shoes'. Fikiran aku loading sebentar. Haah, ketua rombongan ada cakap drugs kat sini bersepah. Kat cafe biasa pon ada, kadang-kadang served in brownies. Tu yang kena hati-hati. 

Seumur hidup, tak pernah merasa kejutan budaya sebegitu dasyat. Toleh kiri kanan, kejutan di mana-mana. Rupa-rupanya, there's more to come.

On our way back from 'Eye of Amsterdam', kami terserempak dengan dua orang perempuan saling berpelukan di station LRT. Rasa macam pelik. Dalam hati, adik beradik kot. Husnuzon. Lol. 

Lepas tu,
"weh, emi. diorang hubungan sejenis"
"ala tak kot, mungkin kakak adik"
"tadi pojah nampak sendiri diorang buat apa"

Err. Hati dah merontak-rontak. LRT tak sampai-sampai pulak. Diorang ni dah makin menjadi-jadi. Awkward! Memang ujian. Tapi sebelum tu pon dah terserempak lelaki berpegangan tangan. Dah kali ke berapa jugaklah hari ni come across benda macam ni.

Dalam LRT, kami dikelilingi oleh orang-orang mabuk. They are everywhere, nyanyi kuat-kuat.
Di luar, botol-botol dan tin tin arak bersepah di mana-mana. Banyak sangat, seperti lautan tin. 

Nawal cakap, ujian diorang pula berbeza. Orang yang diorang jumpa dalam LRT boleh pulak teriak "Anti Muslim! Anti Muslim!"

Pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan. Kalau lah ada tempat yang lebih menarik dan lebih elok dari Amsterdam ni, pilih lah tempat tu instead of Amsterdam. Hoho, kalau nak sangat datang Amsterdam, tengok bunga tulip je, lepastu balik. Haha bahaya bahaya. Iman kena kuat.

Pulak, hari yang sama results PRU keluar. 
Hati seperti dihiris sembilu, di gores gores pakai garpu. Hujan menitis di pipi. Ngee over! 
But i could feel my heart sank, very deeply. Jasad di Amsterdam, fikiran dahmelayang ke Malaysia. 

Di campsite, sebelum tidur, aku merenung sendiri, tidak habis pikir bagaimana kaki boleh melangkah untuk pergi tempat seperti ini. Pasti ada something yang Allah nak tunjuk.

Aku teringat kata-kata temanku,
"orang-orang kat sini seburuk buruk akhlak, minum-minum, prostitution, drugs, hubungan sejenis, terang-terangan!"

Aku terfikir sendiri. Barangkali mereka seperti itu, kerana mereka adalah golongan yang tidak tahu. Belum mendapat hidayah. Belum pernah mendengar tentang kebenaran, tentang Islam, belum diberi peringatan. Bagaimana dengan kita? Diberi peringatan, tetapi masih berkelakuan seolah-olah seperti tidak pernah diperingatkan. Seperti jahil agama. Belum cukupkah peringatan yang kita dapat? Teringat pula ayat Quran,

“Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi dirinya kehidupan yang sempit...” (Surah Thoha, 20: 124)

Sentap!

2 comments:

  1. lol kau pegi red district tu ke? hri tu borak2 ngan groupmate aku,,dia kata tu tempat pelancongan seks antara yg paling popular di dunia kott..

    nway emilia,,seriusly weyh,,pergi la tmpat2 sejarah islam,,turki, or sepanyol ke haha

    ReplyDelete
  2. weh haha ak ikut europe tour sbrnye, main ikut rombongan tu. tak sangka plak akan pegi tmpt tu. hoho iyola ubadah. nxt year ak nk gi spain :P

    ReplyDelete