Patients in the clinic

Thursday, July 18, 2013

Jatuh cinta dengan jalan ini

Hati berdebar. Kali pertama kaki melangkah ke majlis ilmu sebegini, banyak wajah yang tidak dikenali. Mereka bilang syadid. Keras.

" syadid weh, abes ar"
" pe  benda tu? Tak pernah dengar"
" ala, cam agak strict, ada yang sampai kena rendam dalam sungai"

Err. Hati berdebar-debar. Tangan menarik luggage yang penuh dengan baju, masakan tidak, 5 malam akan berjauhan dari keluarga terchenta.  Satu pengorbanan yang biasa oleh seorang yang digelar sebagai pejuang agama Islam? Hmm ini terlalu sedikit.

Tenang rasa dapat bersua dengan alam semulajadi, dengar bunyi air mengalir siang dan malam. Terasa seperti belajar di sekolah pondok pula. Kemudahan yang tidak mewah, seperti di kampung-kampung. Bilik air? Fuh, kesat peluh di dahi.

" awak da tengok bilik air? terbaik ar"
" belum. kenapa? Weh jangan cakap macam tu haha" kataku sambil menelan air liur perlahan.
" macam2 ada. Cicak dah la gergasi, segala jenis serangga ada. Paling best, mandi air kolah"
Ku urut dadaku yang kian berombak. Berjuang, berjuang. Haha mampu.

Ketika menunggu peserta lain untuk tiba di tepi sungai, aku terdengar suara yang familiar. Aku menoleh ke kanan,  ada mereka. Sahabat-sahabat satu perjuangan. Aku tersenyum lebar. Wah! The best feeling ever. Drama jejak kasih sebentar.

Ketika sesi taaruf, aku sempat berkenalan dengan ramai sisters dari negara lain. Poland, Chec Republic, USA,UK. Ada juga muslimin yang dari negara seperti Korea, France.

Malam tu iftar bersama sisters dari Chec Republic. Makanan sedap sekali, apa lagi makan dalam talam bersama akak-akak yang hebat. Ada aura yang lain bila dapat berbicara dengan mereka, kematangan dan kebijaksaan dalam berkata-kata menyebabkan aku rasa kagum. Jauh sekali aku untuk mencapai tahap seperti mereka.

Selepas itu, kami pun solat maghrib, isya' dan solat sunat tarawih. Solat diimamkan oleh muslimin dari France, ya Allah, suara begitu merdu dan syahdu. Pulak tu, bacaan surah panjang. MasyaAllah, macam bacaan seorang yang mengambil jurusan agama.

Selepas solat, kami ada sesi tazkirah. Pada malam yang pertama ini, terasa agak santai. Ustaz jemputan memberi tazkirah mengenai kisah perang Uhud. Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga hijrah, tercetus apabila musuh Islam yakni Quraisy tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dalam peperangan yang berlaku setahun sebelum itu.

Dalam perang ini, musuh Islam ini terlihat lebih hebat, senjata yang lebih canggih, ada tentera upahan dari Habsyah. Mereka menyimpan harta peninggalan dari perang Badar sebagai dana untuk perang Uhud. Mereka bersungguh sungguh, berkorban harta demi menutup dan menyekat jalan-jalan pejuang-pejuang Islam.  Jika mereka boleh berkorban untuk menjatuhkan Islam, kita bagaimana? Sepatutnya kita dapat berkorban lebih lagi untuk menegakkan Islam kerana kita tahu kita sedang berjuang di atas jalan yang betul.

Ustaz share ayat 142, surah Al Imran yang berbunyi;

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
   




Dalam ayat ini, kita tahu bahawa kita pasti akan diuji, kerana ujian itu merupakan satu tapisan untuk mengetahui bahawa adakah sudah kita berjuang dengan bersungguh sungguh, adakah kita cekal untuk terus berjuang?

Dalam perang Uhud, Ustad mengatakan bahawa ianya menguji tentera Islam yang takabur, terlalu yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka. Tatkala Rasulullah memberi arahan untuk berkubu di Madinah, tentera-tentera Islam bahkan mendesak Rasulullah untuk terus pergi berperang, Rasulullah pun mengikut desakan tersebut dengan hati yang berat, sehinggakan para sahabat dapat mengesan perubahan di wajah Rasulullah. 

Tentera Islam turut diuji dengan harta kekayaan, dalam perang ini. Rasulullah sudahpun berpesan untuk tentera Islam untuk tetap di atas bukit, tetapi dek kerana taksub dengan harta rampasan perang, mereka turun untuk mendapatkan harta tersebut, tidak mengendahkan arahan Rasulullah. Hasilnya, mereka dikepung oleh musuh2 Islam. 

Di sini, kita dapat mengambil iktibar bahawa kita harus tsiqah dengan pemimpin Islam. Tatkala diberi arahan, kita harus melaksanakan arahan tersebut walaupun kita tidak mengetahui alasan di sebalik arahan tersebut. Kadang2 apabila dipersoalkan, bole mendatang kepada perpecahan. Ustad memberi contoh, kisah yang berlaku dalam Ikhwanul Muslimin satu ketika dahulu, ketika salah seorang ahli dipecat dari Ikhwanul Muslimin atas sebab kesalahan yang dilakukannya, ramai ahli yang mempersoalkan dan membantah sehinggakan mencetus konflik yang hebat dalam jemaah tersebut. 
Seperti juga dalam perang Uhud, tentera Islam tidak patuh dengan arahan Rasulullah sehingga mereka diuji dengan kekalahan. 

Begitu pentingnya tsiqah dalam satu perjuangan, sehingga menjadi salah satu rukun baiah. 

Ustad juga menekankan bahawa dalam satu perjuangan, jangan melihat kepada bilangan. Misalnya, jangan kita merasa gerun dengan bilangan musuh Islam yang lebih ramai. Kerana bantuan Allah merupakan syarat kemenangan yang pasti. Kita seharusnya merasa yakin dengan pertolongan Allah, kerana tatkala Allah mengirimkan bantuan, tiada siapa yang boleh menghalangNya. 

Begitulah hakikat satu perjuangan. Perlu ada keyakinan yang penuh kepada Allah, patuh dengan perintah pemimpin Islam, tidak takabur, sentiasa sabar dan cekal dengan perjuangan. Kemenangan Islam itu pasti, are we a part of it? You can make a difference. 





No comments:

Post a Comment