Patients in the clinic

Sunday, March 11, 2012

The little thing called L.O.V.E?

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu

(Yuna- Terukir bintang)

 Ewah ewah. Will you really do anything for your loved ones like the one being mentioned in the lyrics above, reach for the stars and so on? Haha! Wow, so sweet. I mean really? =.=''

(Jap, switch language to malay utk lebih 'feel')

Heee. Lagu tersebut kerapkali berkumandang di corong radio, di television, di supermarket, kedai makan, mana-mana je lah kan. Memang sweet sih. Sampai terbuai-buai lah jugak bila dengar lagu tersebut, seperti kita dapat merasakan betapa indahnya c.i.n.t.a. Wah!

Sedar tidak sedar, our surroundings for examples lagu-lagu, drama kat tv, kawan-kawan kita sendiri seolah-olah memberi gambaran bahawa cinta itu indah. Cinta kekasih or what we call as puppy love. Mendatangkan bunga-bunga di hati. Mandi tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Well well well. Tapi ehem, kekal ke? Rasanya amat tipis peluang bahawa cinta itu akan berakhir ke jinjang perkahwinan. Bak kata cikgu saya, tak sampai 1% pon.

Mengikut pengalaman sendiri lah kan, memang diri ini dibesarkan dalam komuniti yang gejala kapel tu menjadi suatu trend. Suatu trend yang menular dan merebak, seperti virus. Sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah, sampai sekarang. Rasanya kalau tak kapel, tak sah. Dulu time PLKN, satu dorm nih dah kapel (aku je tak). Pabila kami mendapat semula handphone kami dari warden time hujung minggu, sume orang sibuk kol bf. Katil ku yang kebetulan terletak berdekatan dengan plug, diserbu. Ada yang sampai nak tidur atas lantai, berdekatan dengan katilku, untuk menanti giliran charge phone. Ish3, memang dashat. Ada juga yang pergi ke public phone pada jam 2 pagi, untuk berkomunikasi dengan yang tersayang (maklumlah handphone sume kena rampas).

Kenapa yer aku diletakkan dalam situasi sebegini? Aku tertanya sendiri. Ada yang lain dibesarkan dalam bi'ah solehah, manakala aku dikelilingi oleh manusia yang begitu mendambakan cinta manusia, sehingga aku juga hampir tewas bersama mereka. Hampir sahaja, tetapi tidak.

 Alhamdulillah. Ku ucap syukur kepadaNya, kerana telah ku temui cinta hidupku, iaitu cinta Illahi. Baru ku tahu bahawa selama ini Allah meletakkan aku dalam kelompok sebegitu supaya aku lebih menghargai cinta-Nya. Supaya aku lebih mengerti tentang betapa tidak berertinya cinta manusia jika dibandingkan dengan cintaNya yang tidak pernah akan surut. Cinta yang tidak mengenal erti pilih kasih, cinta yang hakiki dan kekal buat selama-lamanya.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk cintaMu :) Tumbuhkan lah cintaMu dalam hati ini agar ia akan terus mekar dan tidak akan layu dengan berlalunya waktu. Amin :)


No comments:

Post a Comment