Kulihat calendar, di pangkah hari demi hari setelah hari demi hari berlalu pergi. 7 hari lagi ulang tahun ayah ku. 5 hari lagi pulang ke KMB. Sebulan lagi IB EXAMS! 2 bulan lagi, along akan berkahwin. Namun, seberapa pasti kah aku bahawa aku akan bangkit dari tidur yang lena pada hari esok, untuk menjalani hariku seperti biasa? Maha Suci Allah, kerana hanya Dia yang tahu segala-galanya yang berlaku di muka bumi ini pada hari esok, bulan depan dan hari-hari lain. Sesungguhnya pengetahuanNya sedikit pun tidak terbatas. Dan kepadaNya, aku berserah :)
No comments:
Post a Comment