Patients in the clinic

Monday, June 11, 2012

Nikmat itu.

Assalamualaikum. Waa tick tick the clock is ticking. Ramadhan dah nak dekat * wuuhuu excited excited* .  Tapi soalan kat diri sendiri, masihkah aku hidup semasa ramadhan itu kembali menjelma? Ya Allah, temukan lah aku dengan Ramadhan, aku sangat merinduinya :'') .

Bercakap pasal bulan Ramadhan, teringatlah pulak dengan puasa ganti yang tak abes dibayar lagi :'( . Aku dimarahin sama ibu dan ayahku sebab tidak melunaskan hutang2 puasa =.='' . Padahal Ramadhan da dekat sangat. Jadi, ayahku pun mengejutku untuk bangun bersahur pagi tadi, pada jam 5 a.m. Aku yang mengalami sakit perut yang agak kronik, hanya mampu terkedang, tidak mampu untuk bangun menggunakan sisa2 tenaga yang ada. Lepas tu, ayahku mengamuk (die nak aku puasa gak), dan aku terus segera mengagahkan diri ke dapur, mencari sesuap makan untuk sekadar mengisi perut. Sedang ku mencari makanan di dapur, aku terasa seperti ingin muntah dan badanku merasa sungguh lemah. Aku meminta izin kepada ibuku untuk tidak berpuasa harini, kerana memang tidak mampu untuk melakukannya. Dan aku pon baring di ruang tamu, tiba2 aku tersedar, aku melihat ayahku datang membawa ubat diarrhoea.  

Memang betul la kan, nikmat yang jarang kita syukuri tu antaranya adalah nikmat masa dan nikmat kesihatan. Bila dah kena sakit perut yang agak menyakitkan ni, baru lah rasa cam alangkah beruntungnya jikalau aku dapat menjadi diri ku yang dulu, sihat dan gagah untuk melangkahkan kaki ke mana sahaja dan melakukan apa2 aktiviti. Memang manusia ni cepat lupa =.='' , lalai biler dah dapat nikmat dari Allah. Aku lah manusia yang lalai itu T.T .

Anyway, semoga semua orang kat rumah ni akan cepat sembuh. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dalam mengharungi ujian yang Allah berikan. Kepada semua pembaca(cheh mcm ada) termasuk diri saya, hargailah dan bersyukur lah dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan, terutama nikmat kesihatan :)

No comments:

Post a Comment