So guys doa2 banyak2 time khutbah jumaat, mustajab insya-Allah. Hehe. Teringat moments solat jumaat kat Masjid Nabawi, walaupun khutbah tu dalam Arabic dan aku jahil dalam bahasa Arab :( , namun aku masih merasa kemanisan berada dalam majlis ilmu. Dingin dan menyenangkan fikiran.
Eh pada hari yang mulia ini, aku merasa terpanggil untuk menulis mengenai hantu. Haha hantu. Begini ceritanya, aku ada terbaca pertanyaan seseorang kepada UAI mengenai hantu yang masih dapat dilihat berkeliaran (LOL berkeliaran) walaupun dalam bulan Ramadhan. Sedangkan, kita semua sudah sedia tahu bahawa syaitan diikat dengan ketatnya (haha) dan mereka hanya dapat melihat kita berpesta ibadah tanpa dapat berbisik kata2 jahat di telinga manusia. Persoalannya kenapa ada golongan di antara kita yang masih dapat melihat mereka yakni hantu? Jawapannya ada di youtube. Search sendiri. Haha, atau pun lihat sendiri di wall UAI. Haha homework untuk anda. :P
Di sini, diri ini ada terbaca sesi soal jawab bersama seorang ustad dalam majalah al-Ustaz, yang bertajuk "Hantu Oh Hantu". Menarik menarik. Terutama untuk diri aku yang pernah melihat sendiri orang dirasuk ketika berada di PLKN. Sampai gigil anggota badanku dek kerana gementar. Dan keluargaku juga pernah menerima gangguan seperti itu di rumah sehinggakan adikku pernah melihat perempuan berambut panjang melangkah keluar dari bilik angah sambil tersenyum. Daniel juga pernah melihat pocong di hadapan bilikku. Err.
![]() |
| Sempoi kot pocong ni |
Adakah anda takut hantu? Maybe takut is not the right word, tapi rasa seram je. Macam kalau pegi toilet jam 3 pagi camtu, ada tak rasa bulu tengkuk tegak dengan sendirinya? Kalau tidak, tahniah, anda adalah golongan yang macho :P . Kalau budak2, mesti diorang cakap "ya!". Aku pun tidak kurang lebih seperti mereka, hoho. Kat KMB, kalau malam2 balik dari blok f (jam 3 pagi cmtu) , pasti aku akan berlari pulang ke blok E dengan begitu kencang macam kena kejar hantu. Haha. Tapi kan, nak cakapnya, susah jugak kalau nak bangun qiam kalau diselubungi rasa takut. Nak solat pon tak khusyuk kan?
Ok, continue dgn artikel tadi. Pertanyaannya, adakah hantu boleh memudaratkan manusia?
Jawapan Ustad: Pastinya tidak.
Antara isi hujah yang menarik adalah, apabila Rasulullah ketika dahulu dipertanyakan mengenai hantu, baginda ada bersabda bahawa mereka hanyalah tukang sihir dari kalangan jin dan mereka ada ability untuk mengelabui mata manusia. Mereka hanyalah jin, makhluk ciptaan Allah. Tapi yang paling menarik sekali bahawa, sebenarnya hantu takut manusia. Siriyes.
Ada di riwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya daripada Mujahid, ketika beliau(Mujahid) ingin bersolat malam, beliau melihat satu makhluk seperti kanak2 dihadapan beliau, lalu beliau pergi mengejar untuk menangkap makhluk tersebut. Kemudian beliau melihat makhluk tersebut melompat ke balik dinding sehingga beliau mendengar bunyi ia terjatuh. Setelah itu, makhluk itu tidak pernah muncul lagi di hadapan beliau (credit Al- Ustaz isu 04)
Mujahid juga berkata bahawa mereka yakni hantu atau jin takut kepada manusia sebagaimana manusia takut kepada mereka. Manakala syaitan itu lebih takut daripada sesiapa antara kita. Hmm, for details, bacalah majalah Al-Ustaz yang sedang berada di pasaran. Ada hasil tulisan dari Ustaz Don, Ustaz Ismail Kamus, Ustas Azhar Idrus, Dr Zaharuddin, Dr Yusuf al-Qaradawi dan ramai lagi. Isu kali ini banyak pasal bulan Ramadhan, rugi kalau tak beli. Hehe cam promote plak.
![]() |
| Beli, jangan tak beli. hehe |
Jadi, fuhh bole tarik nafas lega. Apa yang harus kita takutkan selain kepada Allah? Tiada. Jin dan syaitan juga adalah makhlukNya yang tidak mempunyai apa-apa kuasa yang boleh memudaratkan kita. Kepada adik2, janganlah suka tengok crite hantu, dah lah tak bermanfaat lepas tu mengadu pulak takut nak pegi bilik air. Menyusahkan. Hahaha (referring to adik sendiri yang penakut). Ok selamat beribadah sume :)


ouh hantu tu jelmaan jin dan syaitan eh? tp bunian tu pun wujud kan, hehe. btw bru2 ni aku dengar tazkirah kat radio ikim, ust apentah kata sebenarnya time ramadan tak smua syaitan dan jin diikat, yg baik2 tu tak. so bagi aku tu dah menjawab persoalan kenapa time ramadan pun org bole nmpak hantu, even bru2 ni pun aku cam kena tindih time tido, huhu. :p
ReplyDeleteaah mak aku pun ada dgr yg kat radio ikim tu. yg baik2 x kena ikat. tappi rsenye sume syaitan jahat kan? jin je kot ade yg baik.. ooohhhh kena tindihh? tu mesti die nak kau bangun awal, solat ke ape ke :P
ReplyDelete