Patients in the clinic

Tuesday, March 12, 2013

Sayonara!

Dia menggapai laptopnya dan terus mengetik dan menaip. Fuh, hampir berasap keyboard dek kerana lajunya dia menaip. "It's now or never!" kata hatinya. Mukanya begitu fokus, tekun, keadaan sekelilingnya tidak dihirau sama sekali. Dengan satu klik, messagenya  telah di 'send' . Tiada reply. 

Dia merasa beban di bahunya diangkat sedikit demi sedikit. Inilah namanya pengorbanan. Inilah namanya perjuangan. Lambat laun, X pasti dia lepaskan. Dilepaskan walaupun pahit, walaupun hatinya menangis. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, dan berkata "ahh, adakah ini yang terbaik?" . 

X sudah tiada lagi, dia sudah pergi, meninggalkannya sendiri. Air matanya menitik, mengalir berjujuran di pipi. "X, di manakah kau ku cari ganti? " dia bertanya sendiri. AHH andainya waktu itu bisa diputar kembali, akan dia jaga X dengan sepenuh tenaga, dia bermonolog lagi. Akan dia belai X dengan ayat-ayat cinta. Akan dia pujuk X dengan penuh kasih sayang. Tidak ingin dia nodai X lagi, yang semakin tenat, hari demi hari. 

Dia teringat X pernah berbicara kepadanya,
"kau begitu sombong, kau hanya memikirkan diri kau sendiri, kau tidak memikirkan aku walau sedikit pon, kau manusia sombong!! "

Dia terdiam. Terkedu. Benarkah dia begitu sombong? Adakah salah untuk dia mengejar cinta nya? Dia hanya manusia, dia juga mempunyai perasaan. Ingin mencintai dan dicintai. 

Dia menghembus nafas lega. Iya, inilah yang terbaik. 
"Wahai X, meski kau tiada lagi, akan ku cari pengganti mu"

Ya Allah, walaupon X sudah pergi, gantilah dia dengan yang lebih baik darinya.

Sayonara, hati yang kotor. 
Sayonara, hati yang rapuh. 
Sayonara, hati yang penuh syak wasangka.
Sayonara, hati yang tidak pernah puas mengejar cinta manusia.

Ahlan wasahlan hati yang baru. 
Kan ku hiasimu dengan cintaNya.  

Dia menangis lagi. Kali ini bukan tangisan kesedihan. 
Tangisan kegembiraan dan kesyukuran :) 

2 comments: