Patients in the clinic

Saturday, March 16, 2013

Kejutkan dia!

Maria melabuhkan pinggangnya di atas katil yang sungguh empuk itu. Fuh, penatnya hari ni, bisiknya sendiri. Dia memicit dahinya dan mengurut hidungnya perlahan-lahan. Jika dapat dia mengukur tahap cortisol di dalam badannya, pastinya sudah mencapai tahap maksima. Cewah over. 

Dia menarik nafas perlahan-lahan. Ini berat. Amat berat. Peristiwa tadi meninggalkan impak yang begitu besar di lubuk hatinya. Masakan tidak, bagaimana mungkin dia melihat temannya terkulai lemah di atas lantai, dan dia tidak berbuat apa-apa untuk menolongnya? Hoi, dia jatuhhh, bangunkanlah dia! Common sense kott. Dia sendiri pun tidak mengerti apa yang berlaku. Hatinya ingin membantu, namun badannya terasa begitu kaku. Arghh.

Tiba-tiba fikirannya melayang di suatu alam yang lain. Dia dibawa di suatu tempat di mana sekumpulan manusia dicampak di dalam api beramai-ramai. Bahang api tersebut begitu panas, sehingga seluruh inci tubuhnya dirasakan cair seperti lilin. 

"Maria!"

Dia terdengar ada suara yang memanggilnya. Suaranya begitu familiar. Mungkinkah.....err

"Maria! Sampai hati kau!"  Suara itu menyapanya lagi.

Dia terkejut. Suaranya kedengaran seperti suara orang yang berada dalam ketakutan. Dia pusing ke belakang, ke arah di mana suara itu datang. 

Sentap!! 

Dup dap dup dap. Terasa jantungnya seakan-akan mahu berhenti. Darahnya menyirap hingga ke kepala. Orang tersebut adalah sahabat karibnya sendiri, Julia. Tetapi kenapa Julia boleh berada di tempat yang mengerikan ini?

"Maria! Kenapa? Kenapa kau tercegat di situ? Kau tak nak selamatkan aku ke? "

Maria terdiam. Lidahnya kelu.

"Tolong aku weh, sampai hati kau. Kau nampak aku sesat, kau biarkan je aku lost sorang2, bukan nak tegur aku. Kau tak sayang kat aku eh?"

Belum sempat dia berbicara, tiba-tiba dia merasakan dia juga ditarik bersama ke arah api yang menyala itu. Ditarik dengan force yang begitu kuat. Dia terselungkur jatuh tidak berdaya.

Tiada yang datang menolongnya. Tiada. Kenapa orang lain begitu kejam??? Takde orang yang sayang kat aku ke?? Hatinya menjerit. Aaaaaaaaaa.

                                                                * * * * *
                                                            5.00 a.m, di Dunaras

"We're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh"

 Suara Maher Zain dari alarmnya semakin kuat hingga membingitkan telinga. Dia bangun dan lantas mematikan alarmnya tersebut. 

"Fuh mimpi rupanya, Astaghfirullah" bisik Maria sendiri. 

Dia menoleh di katil sebelah kanannya. Matanya tertumpu kepada sahabat karibnya Julia yang sedang enak diulit mimpi. 

Penat kot dia ni, mana tak nya, budak ni sanggup bersengkang mata demi membaca komik Anime kesayangannya tu. Maria bermonolog sendiri.

Maria mengeleng-geleng kepalanya. Tubuhnya seram sejuk bila mengenangkan mimpinya semalam. Tidak sesekali dia ingin melihat mimpi itu menjadi sebuah kenyataan. Aku harus kejut dia! bisiknya sendiri.

"Julia oh Julia, bangun makcik!! Da subuh!! Bangunnnn, kali ni kau pulak jadi imam"


THE END.

- oleh dia yang berhati rapuh, namun ingin terus teguh dlm mencariNya

#post SH 

P/S semoga cepat sembuh sahabat. 




No comments:

Post a Comment