Dia,
Yang sentiasa tersenyum,
Dirinya tegas,
Sedikit sebanyak mengikis dariku sifat malas,
Mendatangkan rasa ikhlas,
Tarbiyah dari nya masih berbekas.
Tatkala ada pengisian,
seringkali diri ini mengeluh keletihan,
dipantaunya dari hadapan,
dikirim coklat dan dihadiah sebuah senyuman,
Ku tersenyum,
kerana ku tahu,
walau jalan ini perlu pengorbanan,
namun org sepertinya sentiasa ada,
untuk terus memberi dokongan dan sokongan.
Oh murabbiku :) Hee terima kasih
Mereka pula,
Terlihat begitu lincah dari setiap pergerakan,
Rasa sayang yang terpancar dari segenap wajah,
Membuat ku rasa begitu diterima dan dihargai,
Begitu tekun menulis nota-nota usrah,
Begitu mudah untuk mengatakan iya kepada majlis-majlis ilmu,
Begitu mudah untuk membuat orang lain tersenyum,
membakar semangatku untuk sama-sama berjuang.
Kita kini,
mungkin di medan perang yang berbeza,
kulihat 'pitstop' yang sama,
kita kejar CINTA yang sama,
ingin masuk SYURGA yang sama,
Semoga tsabat sistersssss!!!

No comments:
Post a Comment