Dayana melangkah kaki perlahan di atas jalan-jalan yang berlopak itu. Akhir-akhir ini hujan kerap kali turun, membasahi bumi tempatnya berpijak. Dingin sekali. Angin bertiup kencang, hujan rintik-rintik tanpa henti. Badannya mengigil kesejukan, mukanya sedingin ais. Dia menghembus nafas perlahan-lahan dan dilihat angin putih keluar berkepul kepul dari mulutnya.
Apakah perasaan ini sebenarnya? Badan terasa dingin, perlukah hati juga turut menjadi keras? Sudahlah, desis hatinya. Dia mendongakkan mukanya ke arah langit yang biru, dia melihat sekumpulan burung-burung sedang 'asyik' sekali terbang di udara. Begitu ceria. Bahagianya mereka, bisik Dayana sendiri.
Tapi manusia lagi bahagia, sambungnya lagi. Jap bukankah begitu? Hmm terngiang-ngiang suara kak ain ketika bulatan gembiranya kelmarin. Kata kak ain, manusia lagi beruntung sebab Allah cipta seluruh alam ini untuk manusia.
"Kalau down, cuba tengok awan. Tengok burung-burung. Pandang je alam yang luas nih. Insya-Allah kita akan merasa tenang"
Dia tersenyum. Sayangnya Allah kepada hambaNya, Dayana bermonolog sendiri. Allah sediakan alam ini bukan sekadar untuk menjadi tatapan, malah untuk mendekatkan lagi hambaNya kepada Nya. Untuk mengingatkan hambaNya bahawa DIA tu sentiasa ada, setiap masa. Tak pernah tak ada. Sentiasa menunggu hamba-hambaNya mengadu kepada Dia, tanpa jemu.
Always there for us. Always. Hee hatinya tersenyum.....
Hatinya terasa basah. Sedang dia tenggelam dalam arus kesibukan dunia, dia tidak sedar bahawa ada kuasa yang lebih besar yang sedang menunggunya. Jauh lebih besar dan bermakna dari apa sahaja yang dia kejarkan dari dahulu.
CINTA ITU. ONE AND ONLY!!
"Yosh, aku mampuuuuu!!" jeritnya. Dia semakin laju melangkah.
"Terima kasih Allah," bisiknya sambil mendongakkan pandangannya ke arah langit yang sudah kembali cerah.
Peaceee :) :)
![]() |
| Ouch giler. |

menarik dn mnyentuh hati ^^
ReplyDeleteterus manfaatkn logam kauu haha,,,
:)
ReplyDelete