Ana menghadap laut yang bergelora itu dengan pandangan yang tidak pernah puas, awan begitu biru, angin kencang namun mendamaikan jiwa. Dia menutup kedua matanya dan menghembus nafas dengan sepenuh tenaga, seakan-akan ingin mengosongkan pemikirannya dari segala persoalan dunia yang bermain di minda.
Apa akan terjadi? Desis hatinya. Dunia begitu berbahaya, penuh dengan fitnah dan noda. Kebenaran dimanipulasi, umat Islam ditindas di serata dunia walhal pemerintah masih bertelingkah seperti tiada noktahnya. Sampai kapan kah?
Haih perlukah dirinya mengambil tahu? Kenyataan kadang-kadang menyakitkan dan pahit untuk ditelan.
Ana tersedar dari lamunannya apabila melihat anak-anak kecil bermain di tepi pantai dengan ceria. Comel sekali gelagat mereka, begitu riang. Dia juga begitu ketika dia kecil, begitu girang, selalu percaya bahawa suatu hari dia akan menjadi seorang yang membawa perubahan kepada dunia, a doctor, a superhero, a PM (erk), you just name it.
Akankah sampai saat itu? Saat keadilan itu benar-benar ditegakkan dan Islam benar-benar diletakkan di tempatnya?
Air laut semakin pasang. Angin terus bertiup kencang. Dingin dan mendinginkan. Hatinya yang dingin perlu kata-kata motivasi yang menghangatkan.
Kata-kata kak Y ketika bulatan gembira tempoh hari masih kedengaran di telinganya.
"Cuba tengok surah As-Saff, ayat 13. Ana, bacakan bole?"
Ana mengangguk dan dibaca terjemahannya penuh dengan penghayatan,
Dan ada lagi kurnia yang lain kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin.
Ana tersenyum. Ayat-ayat cintaNya tidak pernah gagal untuk mengubat hati yang duka. Subhanallah.
Kemenangan itu dekat, Ana!! Islam will rise, with you or without you.
"Aku boleh!! Islam tak perlukan aku, tapi aku perlukan Islam!!!" kata Ana dengan penuh semangat.
Indahnya sunset yang dihadapan matanya itu seakan-seakan memberi semangat kepadanya bahawa suatu hari nanti Islam akan bersinar terang, menyinari kehidupan seluruh alam.
![]() |
| I wanna be a part of it! |

No comments:
Post a Comment