Patients in the clinic

Wednesday, May 1, 2013

Murobbi!

Bila berbicara mengenai murabbi, perkataan tersebut pernah ketika dahulu kedengaran begitu asing bagiku. Apatah lagi mutarabbi (uuu bangga bila da tau bila nk pakai perkataan ni). Hee Alhamdulillah diri ini didedahkan dengan dunia 'usrah' , yang tidak pernah aku sangka-sangka aku akan terjebak ke dalamnya (ceh terjebak nih). Kalau tidak, memang taklah nak tau perkataaan-perkataan ni. Bila memikirkan kembali, aku masih tidak percaya aku telah dipilih oleh Allah untuk menjadi sebahagian dari keluarga usrah. Bukanlah aku anti-usrah pada suatu masa dahulu, namun aku culture-shock dengan layanan akak-akak comey yang begitu mesra, cipiki cipika (cium pipi kiri cium pipi kanan) walaupun baru sahaja bersua muka. Aku merasa begitu hairan melihat mereka yang begitu bersemangat untuk mengajak aku dan teman-teman yang lain untuk berbulatan gembira. Aku dihidangkan dengan video-video osem yang kadangkala mampu membuat hati ini menangis. Aku diperkenalkan dengan mabit (fuh dulu selalu rebel dengan murabbi sbb kena bermalam kat blok lain :P). Aku diperkenalkan dengan sistem tadabur ayat, kemudian aku melihat Quran kepunyaan orang di sekelilingku dipenuhi sticker warna-warni menandakan ayat-ayat faveret mereka. Aku melihat mereka begitu bahagia. Kenapa? Kini aku tahu mengapa.




Baru-baru ni aku diperkenalkan oleh murabbiku mengenai cara-cara mendekati mad'u, ada 7 marhalah. Tidak ku tulis satu persatu di dalam buku nota (tapi masih segar di ingatan), err kerana aku belum melihat diriku sebagai murabbi. Aku mengerti bahawa sudah tiba masanya untuk aku ber'adik' , namun aku merasa begitu berat untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Adakah kerana aku belum cukup bersedia? Sampai bilakah?

Aku juga baru sahaja menonton video brothers kat spring camp, mengenai murabbi (bukan nak tengok pon, tapi orang share). Aku merasa pintu hatiku diketuk dan jendela hatiku sudah terbuka untuk memimpin anak-anak usrah. Aku merasa cemburu melihat orang lain yang sudah pun di-assign dengan adik-adik. Perlukah aku merasa cemburu? 

Sebelum mengakhiri kalam, ingin ku perkenalkan film yang baru sahaja aku tonton, mengenai perjuangan seorang murabbi. Nama filemnya,  'Sang Murabbi' . Fuhh, kisah murabbi yang dipaparkan dalam filem itu cukup menggambarkan perjuangan seorang pendakwah yang akan sentiasa diduga dengan onak dan duri. Jalan perjuangan beliau menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan penduduk kampung, malah beliau dituduh membawa ajaran sesat sehinggakan beliau terpaksa mengadakan usrah secara rahsia. Apakah endingnya? Tontonlah sendiri yerr :)


Ini diaaa!! Bestt , tidak sesuai untuk orang yang allergi dengan perkataan dakwah. hoho

Bak kata murabbi dalam filem tu, kemiskinan yang sebenar-benarnya bukanlah dari segi harta tapi kemiskinan dari segi semangat or spirit. Bagaimana untuk membangkitkan iman mutarabbi yang lesu, sedangkan iman kita sendiri tidak bermaya? (Ceh padahal diri sendiri takde pengalaman bawak adik-adik T.T hehe peringatan kepada diri ini sebelum memimpin usrah kuikui)

Hmm semoga kita semua dapat menjadi murabbi yang terbaik untuk mutarabbi kita, kalau tak pon untuk orang sekeliling kita. Please strengthen our hearts ya Allah. Amin. 

P/S adik-adikku di rumah, ingin ku lamar kalian untuk menjadi mutarabbiku (eee geli tak :P). Uuuu. Nantikan kakak :D


Gambar random budak penakut dgn kuda. Err. 


Nanti klau ada adik-adik, kena la bawak mad'u berjalan-jalan cmni haha. Makan nasi kat tepi tebing sambil taaruf. Ewah 

No comments:

Post a Comment