Syukri merenung awan yang berkepol-kepol di langit, melalui tingkap pesawat 'airbus' yang dinaikinya. Ada pelbagai bentuk, terlihat begitu lembut. Andai bisa dia sentuh awan-awan itu. Awan-awan tersebut mengingatkan dia kepada kartun kegemarannya doraemon yang ditonton olehnya sedekad yang lalu, yang mengisahkan tentang kerajaan langit. Doraemon mengeluarkan mesin dari poket ajaibnya, yang boleh meng-transform segumpal awan kepada makanan-makanan yang lazat. Dia dan rakan-rakannya juga tinggal di istana yang dibina atas awan. Wah, menarik sungguh. Syukri teringat dirinya dulu yang begitu kagum dengan kemampuan doraemon untuk mengeluarkan mesin-mesin yang luar jangkaan. Dia tersenyum. Hebat hebat.
Senyumannya tiba-tiba meleset. Hmm ciptaan makhluk tidak pernah kekal. Buktinya, kerajaan doraemon di langit diserang dan keamanan penduduk langit terancam. Doraemon dan rakan-rakannya kemudian kembali ke bumi. Syukri justeru membuat konklusi sendiri bahawa manusia sememangnya tidak boleh tinggal di langit, it's not where they belong. Manusia kan dijadikan oleh untuk menjadi khalifah di bumi, bukan di langit. Lol lawak lemau. Lame jokes.
Syukri menggelengkan kepala sambil ketawa apabila membayangkan kehidupan manusia seabad dari sekarang, mungkinkah akan ada Disneyland di atas langit? Well we'll never know, teknologi sekarang semakin hebat. Manalah tahu, manusia berpakat untuk berpindah ke langit oleh kerana keadaan bumi yang semakin tandus. Lol.
Err tak kisahlah, bisik Syukri sendiri. Yang penting, Pencipta kerajaan langit semestinya hebat dan tiada tandingan. Awan terapung, langit berdiri tanpa tiang, tanpa tali. Terlalu hebat. Kadang-kadang dia tidak habis fikir kenapa ada orang yang boleh percaya bahawa alam itu tercipta dengan sendirinya. Sudah pasti ada kuasa agung yang menciptakan semua ini. Sedih. Kesian. Gurunya sendiri ada seorang yang atheist.
"What's your religion, Miss Dianne?"
"Oh I am an atheist"
"But why?" (ketika itu dia baru berusia 13 tahun, selamba bertanya tanpa segan silu)
"Bacause I don't believe in god"
"You should choose yourself a religion. There must be a God, who creates the earth and everything else" lancang Syukri berbicara tanpa berfikir.
"well I don't know" (wajahnya kelihatan blank, Syukri tatap wajahnya dengan rasa kasihan)
Kelakar juga bila teringat semula perbualannya dengan guru Literature nya itu, selamba sahaja dia bertanya, nasib baik Miss Dianne sporting abes. Tapi terkilan pon ada. Andai kata ketika itu dia punya ilmu tentang comparative religion, alangkah bagus. Mungkin tak perlu sehebat Dr Zakir Naik, tapi cukuplah untuk sekadar membuka mata gurunya tentang Islam. Terkilan terkilan. Tapi waktu tidak bisa diputar kembali.
Syukri membelek Quran lusuh milik adiknya itu sambil sekali sekala memandang langit di luar. Uuu inilah baru betul-betul tadabur alam. Live. Kebetulan dia ditakdirkan duduk betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Seronok, dapat tengok awan-awan tanpa dihalang oleh siapa pun.
Waa ayat best ayat best, pasal langit! Rasa dapat berinteraksi secara langsung dengan Maha Pencipta.
'Hampir sahaja langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Allah) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon keampunan untuk orang yang di bumi..'
42:5
"Ooo... patutlah awan tu pecah-pecah" bisik dirinya sambil menunjukkan awan-awan di luar jendelanya. Mulutnya terlopong sebentar. Hebat sekali ayat-ayat cintaNya, dari mengenai daun, awan, lembu, semuanya ada. PengetahuanNya terlalu hebat jika hendak dibandingkan dengan pengetahuan yang ada pada manusia. Malah, tidak terbanding pon. Masakan tidak, Allah yang menciptakan alam ini, sudah pasti Dia mengetahui segala perkara mengenai alam ini dari segenap segi.
Bahunya tiba-tiba ditepuk.
"Syuk, kau nak makan apa, nasi lemak ke rice with chicken curry? Orang tu tanya" tanya Fahrin, yang duduk di sebelahnya.
"Nasi lemak dong, kau macam tak tahu je aku"
"Nah Syuk, time kasih akak" kata Fahrin kepada pramugari tersebut.
Dengan lafaz Bismillah, Syukri menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Lega, akhirnya dia dapat makan makanan tanpa harus melihat label Suitable for Vegetarian terlebih dahulu. Hee. Dia makan, sambil menikmati permandangan awan-awan yang terhidang di sebelah kirinya.
"Malaysia, here I comeee!! Mak ayah, Syuk balikkkk bawak coklatt!!" Dia menjerit dalam hatinya, terlalu gembira.
![]() |
| Ingatlah, Tuhan itu dekat. dekat sekali. Dia sedang melihatmu. Oleh itu berjuanglah. Lihatlah alam ciptaanNya dan segala di sekelilingmu dengan kaca mata Islam, maka kamu akan peroleh kekuatan itu. |

No comments:
Post a Comment