Patients in the clinic

Monday, May 27, 2013

Vote sape?

Azie menutup buku yang dibacanya, dan meletakkan kembali buku tersebut ke dalam tas tangan miliknya. Pening, pusing. Perjalanan barangkali masih panjang. Nasib baik, perutnya sudah diisi terlebih dahulu pagi tadi kalau tidak, boleh muntah-muntah.

"Weh, tu pantai! " jerit adiknya gembira. 

"Tidak mungkin. Takkan dah sampai kot" bisiknya sendiri. 

Azie melontarkan pandangannya ke luar jendela kereta. We are here! Wah, begitu banyak bendera. Ada yang berkibar dengan 'gahnya' atas pokok kelapa, ada di tiang lampu, dimana-mana sahaja. Ada warna biru, ada warna hijau. Kehangatan pilihan raya sepertinya masih terasa, fuhh debarannya ketika mengetahui keputusan pilihan raya yang lalu, Tuhan saja yang tahu. 

Azie tersenyum. Teringat dia, perbualan dengan rakan-rakan seperjuangannya,

"Kau nak pilih mana weh?"
"Aku vote untuk Islam. Gituhh"
"Ceh, jawapan selamat"
"Betul ar. Aku nak pilih pemimpin bebas rasuah, jaga kebajikan rakyat"
"Lagi lagi? Crite sikit"
"Pemimpin tu jujur, tegakkan hukum-hukum Islam, adil, menepati janji, yang penting nilai Islam tu paling utama ar. Kita kan nak tegakkan balik sistem khilafah tu." Azie bercerita dengan penuh semangat.
"Pergh, semangat betul kau aku tengok. Berbuih-buih aku tengok mulut kau cakap pasal Islam.  Bangun qiam, puasa sunat kau mesti sume dah mantop kan? 
"Err.." Azie terdiam. Speechless. Teguran direct ke muka. Tula, cakap je lebat.

Perbualan tersebut begitu berkesan dihatinya. Betul juga, masakan negara Islam boleh terbina dengan rakyatnya pun tidak bergerak ke arah Islam. 

Dengan rakyatnya masih leka dengan hal keduniaan,
dengan rakyatnya mengabaikan Al-Quran, 
dengan rakyatnya tidak mengingati kematian.

Kota Constantinople pun tidak ditawan dengan mudah. Hanya ditawan oleh rajanya yang sebaik-baik raja dan tenteranya sebaik-baik tentera. 

Dia teringat perbualannya bersama teman yang lain,

"Kau nak cari suami yang camne, Azie? "
"Yang beriman"
"Lagi?"
"Yang join usrah. Lol"
"Aku tau dah. Yang hafaz Quran. Naqib. Kan Azie?" sampuk rakannya yang lain. Sume ketawa. Cis perli.
"Baik kau kawin dengan Ustaz camtu"
"Tapi aku tak layak"
"Haa tau pon tak layak" kata temannya dengan nada gurau. Satu bilik pecah dengan ketawa. Pantang kalau cakap pasal kawin.

Azie tersedar dari lamunannya. Dia ketuk dahinya dan menggeleng-geleng sendiri. Buang terbiat, tiber-tiber pulak terpikir pasal kawin. Tadi pasal pilihan raya. 
Hmm mungkin je ada kaitan.

Kalau nak kan negara Islam, sendiri pun kena usaha ke arah Islam. Tegakkan Islam dalam diri.
Kalau nak kan keluarga Islamik, hmm ataupon jodoh yang baik, sendiri pon kena usaha untuk menjadi jodoh yang baik.

Sume benda pon diri sendiri kena usaha. Usaha. 
Nanti Allah tanya kat kita, apa usaha kita untuk tegakkan Islam? Bukannya hasil, bukannya tanya berjaya ke tidak. Menang ke kalah.

Azie tersenyum. Alangkah hebatnya susunan Allah. Dia Maha Adil. Tidak pernah melihat kepada hasil. Mencambah rasa untuk terus berusaha walaupun diuji dengan kegagalan. 

Cewah, banyak perkara yang dapat diambil dari hanya melihat bendera-bendera. Benar sekali, tarbiyah itu ada di mana-mana. 

THE END

nota kaki : cerita hanyalah rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup dan sudah mati. Ngee. 

No comments:

Post a Comment