Aina membukanya, hmm jemputan uskab lagi. Katanya sendiri.
"Tak penat2 akak2 ni approach aku. Malas lah nak balas "
Keesokan harinya, naqibahnya call.
" Aina, jom uskab. Akak boleh jemput, jangan risau pasal transport"
" err, Aina bukan tanak pegi. Aina busy sket esok. Nak masak, pastu nak buat itu, buat ini, cam tak sempat nk join usrah"
" oh yeke, kalau camtu takpe, nnti klau free next time, aina join tau" bisik Kak Baz lembut.
Hari-hari Aina berlalu, tanpa aktiviti yang mengisi hati dan aktiviti yang bisa menyuap kebutuhan rohani.
Semakin busy, semakin sepi. Hatinya resah, tidak keruan. Gelisah.
Pada suatu malam, Aina terbelek ayat Quran yang begitu berkesan di hati. Surah Al-Rahman.
" Barangkali ini adalah teguran dariNya, untuk mu wahai Aina yang sombong" hatinya berkata-kata sendiri.
Di screen capture nya ayat tersebut.
Allahu Rabbi, Dia pencipta alam ini, seluruh makhluk langit dan bumi, meminta kepadaNya tanpa henti. Bayi dilahirkan di muka bumi ini, setiap detik, dengan izinNya.
Dada berombak dengan setiap naik dan turun nafas kita, dengan izinNya.
Bangunnya kita dari mati sementara setiap hari, berlaku dengan izinNya.
Berputarnya bumi di alam galaksi hingga berlakunya siang dan malam berselang seli, berlaku dengan perintahNya.
Dia sentiasa berada dalam kesibukan. Setiap waktu. Namun ter-abai kah kita?
Malah Dia memberi jaminan,
"Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai golongan manusia dan jin".
Kasih Nya Dia kepada kita.
Busy kah kamu, Aina? Tanya Aina sendiri.
Sibuk kah kamu sehingga tiada masa untuk diluangkan untuk Dia?
DIA yang Maha Busy, namun Dia juga yang memberi sepenuh perhatianNya kepadamu setiap masa. Setiap detik.
Nikmat mana lagi lah yang kamu nak dustakan? Aina oh Aina.


No comments:
Post a Comment