Patients in the clinic

Wednesday, June 12, 2013

Isra dan Mikraj, lebih dari sebuah kunjungan.

Aku berlari masuk ke dalam ruang tempat solat perempuan, waduhh sudah lambat, bilangku. 
Kuliah sempena Israk dan Mikraj sudah pun bermula. 

Tatkala aku melangkah masuk dengan nafas tercungap-cungap, aku melihat semua orang memandangku. Err, ada yang tidak kena kah dengan diri ini? Pergerakanku tiba-tiba terasa begitu kaku. Segan dilihat sebegitu. 

Dua orang datang menyapaku dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Ku sambut dengan ter agak agak. Kekok. Aku ditenung oleh seorang kanak2 perempuan yang sedang duduk di sebelahku. Dia senyum kepadaku agak lama. Aku membalas senyumannya. Pelik, tapi indah rasanya. Hatiku berbisik. Disapa, walaupun tidak pernah bersua muka. Dipeluk cium seperti sudah lama berkenalan. Alhamdulillah, hati tersenyum. 

Nasibku baik. Ustad jemputan tiba lambat, beliau baru sahaja mengenalkan dirinya.
Sementara itu, aku melihat ke kiri dan kananku, aku melihat makcik makcik sedang mendengar ceramah dengan begitu tekun. Ada nota dan sebatang pen di tangan mereka, pemandangan yang familiar, persis seperti sahabat2 se usrahku. Aku merasa seperti kembali ke zaman kulsem di KMB. 

Ceramah pun bermula. Hee hati melonjak-lonjak gembira. Tidak sabar untuk mengisi semula sanubariku yang kian kering. Kaki sudah lama tidak melangkah ke majlis-majlis ilmu yakni taman-taman syurga.

Ceramah pon selesai setelah kira2 satu jam. Ketika ingin berangkat pulang, salah seorang makcik tegur, 
"kamu ni dari mana, tak pernah nampak pon kamu di sini"
"Err" aku berfikir, makcik ni nak perli ke memang saja tanya. Tapi betul jugak, kali terakhir datang tempat ni, time baca yasin untuk arwah jiran.
"Haah, anak sape?" sampuk makcik yang lain.
"anak dotdotdot" <dirahsiakanhaha>
"ohhh, patutla muka serupa macam abang kamu" hmm iyola makcik. Haha.

Okeh. Ingin kurumuskan isi kandungan ceramah ustaz pada malam itu. Yang ini ditulis berdasarkan apa yang sempat ditangkap oleh mindaku, yang semestinya dibatasi oleh ingatanku yang tidaklah begitu hebat <egotanaktulisnotatimeceramah>

Menurut Ustaz, peristiwa israk dan mikraj ini bukanlah kunjungan biasa. Dalam perjalanan ini, RAsulullah dipilih untuk bertemu dengan Allah. Rasulullah satu-satunya makhluk Allah yang dipilih untuk bertemu dengan Allah, melihat wajah Allah, tanpa sebarang hijab.  Begitu kasihnya Allah kepada Rasulullah s.a.w.

Menurut Ustaz, ada 4 perkara yang boleh membawa kita masuk ke syurga (lari topik sedikit).
1) tidak melakukan syirik
2) tidak meninggalkan solat
3) membayar zakat
4) menjaga silaturahim

Rasulullah pernah bersabda, berhati-hati dengan syirik, kerana syirik itu lebih halus dari bunyi tapak kaki semut. Dasyat kan? 

Bab solat, Ustad bilang, kita betul2 harus menjaga kualiti solat kita. Orang munafik pun solat, bilangnya. Apa beza kita dengan mereka? Ciri-ciri solat orang munafik adalah, mengingati Allah terlalu sedikit sekali dalam solat mereka. Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Nauzubillah.

Berbicara mengenai munafik, ustad ada bercerita mengenai seorang sahabat yang tinggal pada zaman Rasulullah, bernama Abdullah bin Ubayy. Dia selalu datang awal ke surau, dan sering solat di belakang Rasulullah. Para sahabat sering memujinya kerana dia rajin solat jemaah di surau, tambahan pula dia adalah antara orang paling awal tiba di surau. Tapi para sahabat ditegah oleh Rasulullah tatkala mereka sedang memujinya, kerana menurut Rasulullah, sesungguhnya dia adalah seorang munafik, solat bukan kerana Allah, tetapi kerana sebab lain (mungkin untuk mendapat pujian). Fuh.

Membayar zakat pula dituntut kerana ianya untuk hablulminannas. Dengan membayar zakat, kita boleh membantu orang susah. Oleh sebab itu, Rasulullah tidak pernah melarang kita untuk mencari harta kerana dengan harta tersebut, kita boleh menggunakannya untuk diinfak kepada yang memerlukan. Namun begitu, Rasulullah tetap memilih untuk zuhud. Kenapa begitu? 

Rasulullah pilih utk zuhud, walaupun Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya untuk mencari harta;
- supaya dapat menggalakkan umatnya untuk kasih kepada orang yang susah
- untuk menolak fitnah yahudi dan nasrani yg menuduh Rasulullah menyebarkan Islam untuk kepentingan mencari harta
- supaya Rasulullah meletakkan dunia di tangan, bukan di hati.

Point terakhir. Tahukah anda bahawa Allah sangat sayang kepada hambaNya yang menjaga silaturahim dengan orang lain? 

Pada setiap hari isnin dan khamis, pintu syurga akan terbuka dan Allah akan melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa saja yang beriman di muka bumi ini, kecuali kepada hambaNya yang memutus silaturrahim, walaupun pada hari tersebut, mereka berpuasa sunat. Sayang kan? 

Fuh, semoga kita boleh menjaga keempat empat aspek ini. Bukan mudah, tetapi syurga itu mahal sekali, bukan untuk orang yang gampang menyerah. Hanya untuk orang yang sentiasa bermujahadah. 

Mari berjuang!



No comments:

Post a Comment