Dia lantas menggapai hensetnya, untuk segera menyalakan lampu. Dia meraba raba dalam kegelapan.
" ahh, tidak. Battery empty, aku lupa nak charge tadi " bisik Hana sendiri.
Aduh, tiba-tiba teringat cerita DikMok tentang pocong yang dilihat adiknya itu di biliknya kelmarin. Bulu tengkuknya meremang. Seram. Dah tengah malam pulak ni. Aaa takpe2 istighfar, istighfar.
Tiba-tiba dia melihat sinaran cahaya, berpunca dari bilik sebelah. Sudah pasti itu adiknya, Farah. Dia kenal sekali adiknya, pantang blackout. Tak tahan panas. Yess, ini kesempatan!
Hana berlari dengan kencang menuju bilik adiknya.
" kakdik!!!" Hana menjerit, menahan rasa takut.
" apa jerit-jerit ni?" Farah bersuara, seperti orang sedang menguap.
" ye ar, orang takut. Salah Daniel, cerita pelik pelik" bisik Hana
" kakdik, dekatkan sikit lampu tu plish, kongsi kongsi, gelap ni, henset kakak zero battery" bebel Hana lagi.
" ala, sape suruh tak charge, padan muka"
Sentap.
Hana terdiam kepiluan dalam kegelapan. Teringat ayat Quran yang dibacanya kelmarin mengenai cahaya. Ceh time ni pulak nak flashback.
"kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya untuk mu" kata orang beriman kepada orang munafik.
Bayangkan, nanti ada dialog seperti ini di akhirat kelak.
Mungkin dahulu kawan rapat di dunia, makan share sepinggan.
'Best friends forever' terukir di keychain.
" Aku akan ada untuk kau, bro. Always. You can count on me" kata-kata semangat yang menyenangkan hati.
Tapi kelak di akhirat, kawan yang rapat menjadi renggang. Berdiri di atas jalan yang berbeza. Satu masuk syurga, satu masuk neraka. Ya Allah, sedihnya. Nasi sudah pun menjadi bubur. Sesal tidak berguna lagi. Sesal tidak ikut sahabatnya itu pergi usrah, sesal tidak ikut nasihat sahabatnya untuk rajin mengaji, sesal tak ikut nasihat sahabatnya untuk tidak kapel. Sesal itu dan ini. Tapi dah terlambat....
"Woi, kakak. Bangun. Mengigau pulak, dari tadi cakap, gelap, gelap. Bising, gi la solat subuh"
"oh mimpi rupanya, da tak blackout?"
"tengoklah ni, dah terang benderang, gi solatttt"
Hana bergegas untuk solat Subuh. Tidak mahu dialog seperti dalam mimpinya itu menjadi kenyataan.
Konklusi: Sesungguhnya terang lagi bersuluh perbezaan antara orang munafik dan orang yang beriman di akhirat kelak. Siapakah kita di mata Allah?
THE END.

No comments:
Post a Comment