Aku membaca mesej yang lumayan panjang itu perlahan-lahan, tiba-tiba kuterasa darah menyirap di muka.
Dilema apa ini? Perkara yang amat ku takutkan itu datang lagi. Ku hela nafas yang panjang.
Oh Allah, kuatkan aku.
Aku mula menaip untuk membalas mesej tersebut,
" salam... Ana...tak mampu. Ana tak mampu terima lamaran itu, ana belum bersedia, berikan ana sedikit lagi waktu"
Aku menelan air liur, terasa kering tekak. Persoalan sebegitu besar datang kepadaku sedang aku tidak lagi bersedia menghadapinya.
"Sampai bila baru boleh bersedia? Sampai ajal menjemputmu?" Soalan tersebut memenuhi ruangan fikiran. Tersedak sebentar.
Dalam perkahwinan, seseorang itu tidak akan pernah bersedia sehingga dia melayari bahtera rumah tangga itu sendiri. Itu kata-kata dari seseorang yang rapat denganku.
Dalam menghadapi peperiksaan, seseorang itu tidak akan pernah cukup bersedia sehingga dia benar-benar dihadapkan dengan kertas exams. Selagi ada masa, walau seminit, pasti digunakan untuk mempersiapkan diri sebelum bertempur di medan exam.
Persiapan itu tidak akan pernah cukup. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Yang lain, Allah yang tentukan.
Sampai kapankah aku harus terus menerus melihat peluang sebegitu bergolek pergi?
Terlalu pengecut kah diri ini?
" kalau tak nak, ana tak rugi tau, emi yang rugi" temannya membalas. Cis. Terkena pada diri sendiri.
Hati ini berkata mahu, tetapi terasa begitu berat. Mahu tapi ragu? Aku keliru.
Teman baik aku tiba-tiba muncul. Dia tahu aku berada dalam dilema.
Dia bilang, "nah angka ajaib, 2:286. Hadamkan sampai lumat dalam kepala! Dua dua lapan enam, ingat tu "
Ayat nih memang power. Aku harus tulis besar-besar di meja belajarku. Pastu tampal sekali gambar syuhada syuhada yang terkorban di Syria dan Mesir, gambar-gambar kanak-kanak kecil bermandikan darah.
Biar insaf sikit.
Baru kau tau yang masalah kau tu tak sebesar mana! Bisikku sendiri.
Apakah yang aku bakal lakukan? Ayah telah pun memberi lampu hijau. Bukan senang.
Tapi bila teringat yang amanah ni akan disoal oleh Allah, rasa seram.
Kalau tak galas amanah ni, kena soal jugak nanti.
Oh Allah, I need Your guidance.
Emi.
It's about time.
It's time to get serious.
The clock is ticking.
Death is approaching.
And you have nothing.
Nothing to show to Allah that you have done something.
To earn His blessings.
P/s 2:286 >> 'Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya...' :) :)
No comments:
Post a Comment