Begitu banyak kejadian yang menimpa manusia akhir zaman, sehingga membuatku terpikir sendiri. Apakah yang berada dalam fikiran kita semua?
Benarkah Allah itu ada dalam hati kita?
Jika benar demikian, kenapa kita memilih untuk tidak berpisah dengan jahiliah?
Soalan bertubi-tubi buat diri sendiri yang sedang alpa. Begitu sukar untuk diriku mengikis karat-karat jahiliah, benarlah pepatah melayu yang mengatakan, jangan difikir air yang tenang tidak ada buayanya. Bisa tersenyum mesra dan berkata-kata dengan petahnya, namun jiwa yang bergelora hanya Tuhan yang tahu. Jiwa yang gelisah tidak lain tidak bukan kerana jauh dariNya.
Actions speak louder than words. True enough.
Berkata-kata lebat, kononnya ingin mengejar cintaNya, tetapi hakikatnya diri tetap tewas dengan godaan nikmat duniawi.
Teringat diriku kepada kenangan bermain bunga api di kampung. Dalam kepekatan malam, sumber cahaya dari lilin lenyap dek ditiup angin yang kencang. Semua berteriak, "api padam! Api padam"
Muncullah seorang hamba Allah berkata,
"Ingatkan api tu boleh nyala sendiri ke kalau tengok je camtu, nyalakan la apa lagi"
Ceh. Sentap. Tak kusangka, dalam bermain bunga api, ada juga peringatan seperti ini.
Begitu juga dalam perjuangan meraih cintaNya dan perjuangan menegakkan hak-hak Allah di muka bumi ini, berkata-kata sahaja tidak akan mengubah apa-apa. Mungkin ada, tetapi sedikit. Harus seiring dengan perbuatan.
Aku punya cita-cita, yang semestinya harus diusahakan dengan tenaga kerja dan doa. Ingin ku lihat empayar Islam terbina kembali, sehebat empayar Turki Uthmaniah. Aku ingin melihat Islam dipraktik dengan sebenar-benarnya, dengan penuh izzah. Aku ingin melihat musuh-musuh Islam jatuh dan turut tunduk kepada hukum-hukum Islam. Aku ingin melihat wanita dilindungi dan dihormati, seperti pada zaman kegemilangan Islam dahulu.
Tetapi bolehkah tercapai dengan hanya menggoyangkan kaki dan berpeluk tubuh?
Mereka yang syahid dalam perjuangan mereka fisabilillah di Mesir, Syria, Palestine, Burma (dan lain lain) telah pun mendapat kemuliaan di sisi Allah. Mereka sedang tersenyum gembira di syurga. Mereka yang lain turut ikut berjuang, walaupun tidak dikurniakan syahid. At least, mereka boleh menjawab di hadapan Allah bahawa mereka telah pun berusaha berjuang di jalan Allah. Kita?
Adakah kita akan terlepas dari ditanya oleh Allah di akhirat kelak?
Tidak.
Hakikat yang begitu menakutkan.
Tegakah kita untuk bergelak ketawa menonton drama komedi, sedangkan saudara kita dibedil oleh musuh-musuh Islam dengan kejam?
Mereka diuji dengan hebat dan mendapat tawaran syahid oleh Allah,
Kita diuji dengan seremeh remeh perkara tetapi tetap tewas. Nak dapat syahid jauh sekali.
Dimanakah kita umat Islam tatkala mereka memerlukan bantuan,
adakah kita hanya seperti buih buih di lautan?
Sama-sama kita muhasabah diri. Ayuh kita panjatkan doa buat saudara-saudara kita yang sedang diuji, semoga mereka terus kuat.
Pray for Egypt.
Pray for muslims from all over the world.
Kerana doamu begitu berharga.
No comments:
Post a Comment