Patients in the clinic

Saturday, November 2, 2013

Mencari ikhlas

Sedihnya aku melihat kata-kata tersebar,
sedangkan mereka sendiri tiadalah tahu akan kebenarannya,
timbullah syak dan timbullah wasangka,
tercemar sudah maruah yang sudah lama terjaga.

Tapi kutahu atas nama Islam aku berjuang,
tidak ku berhenti walau ditentang,
menangisnya aku kerana segelintir 'pejuang',
tidak memberi mereka yang lain peluang dan ruang.

Diriku sedar banyaknya khilaf banyaknya kurang,
Sedang belajar untuk mencari ikhlas yang kadangkala hilang,
Menangisnya aku kerana melihat mereka seperti penghalang,
Sedangkan dosaku kepadaNya tidaklah terbilang.

Kini ku sedar kini ku yakin,
Tudinglah jarimu kepada sesiapa sahaja,
Tapi jika iman dihati mu sentiasa miskin,
Tinggallah kamu di belakang sedangkan mereka di baris paling hadapan.

Whatever happens, turn back to Allah. Reflect yourself.
You have to make a change within you, before you can make a change in others.

-by HG.

Alhamdulillah, hati yang kosong kian terisi. Begitu banyak teguran dan pengisian yang menghidupkan, begitu berkesan di hati. Usrah kali ini mengenai 3 rukun baiah yang pertama. Faham, ikhlas, amal. Pertama kali mendengar tentang topik ini, hatiku terdetik untuk mengatakan topik ini agak 'on the surface' , namun aku cuba untuk mendengar dan membuka mata hatiku. 

Ada relevannya kenapa Hassan Al Banna menyenaraikan 'faham' sebagai rukun baiah yang pertama. Mana mungkin kita melakukan sesuatu perkara tanpa ada kepahaman. Dengan kepahaman, datangnya ikhlas. Dengan adanya ikhlas, kemudian akan membuahkan amal. Ada 20 usul 'faham' , agak terlalu panjang untuk dikongsi di sini. Kak usrah membincangkan secara detail mengenai tiga rukun baiah ini, apa yang membuatkanku paling tertarik adalah mengenai ikhlas. Salah satu ciri ikhlas adalah kita merasakan diri kita sentiasa cuai dalam beribadah dan sentiasa merasakan ibadah yang kita lakukan itu tidak cukup bagus. Justeru, kita sentiasa merasakan untuk membuat yang lebih baik dalam beribadah.  Adakah kita merasakan seperti itu?

Namun di sini ingin ku kongsikan mengenai tulisan Fathi Yakan mengenai rintangan yang dihadapi oleh seorang daie. Sebagai seorang daie, akan selalu ada mehnah dan tribulasi, ibaratnya kita di dalam satu bahtera yang sedang belayar di laut. Ada badai, ada gelora, ada naik dan turun. Antara rintangan nya:
1) orang mukmin yang dengki kepadanya
2) orang munafik yang membencinya
3) orang kafir yang memeranginya
4) syaitan yang mahu menyesatkannya
5) nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

Bagaimana untuk encounter rintangan-rintangan tersebut? Back to pergantungan kita kepada Allah. Ada 7 bahtera penyelamat (dlm kehidupan pendakwah) yang disenaraikan oleh Fathi Yakan;

1) Ma'rifatullah (mengenali Allah)
 - kalau tak kenal Allah, bagaimanakah kita boleh meletakkan pergantungan kepadaNya? tak kenal, maka tak cinta. Contoh untuk mengenali Allah adalah melalui mempelajari 
Asma ul Husna (bukan setakat mengalunkannya, tetapi juga mengetahui maksud untuk setiap nama-nama Allah)

2) Ibadatullah (beribadah ikhlas kerana Allah) 

3) Zikrullah (mengingati Allah)

4)Al-Khaufu Minaallah (takutkan Allah) 

5) Muraqabatullah (mendekati Allah) 

6) Hubullah (mencintai Allah)

7) Al Redha Billah (meredhai ALLAH s.w.t) - jika bala menimpa kita, jangan kita mengatakan, 'kenapa Allah pilih aku?" . Sepertinya kita tidak redha kepada Allah dan tidak percaya kepada Qada' dan Qadar.

Antara kisah yang paling berkesan di hati, yang diceritakan oleh kak usrah adalah mengenai kisah Syeikh Mustapha Masyur dan Syeikh Abdullah, yang kedua-duanya adalah ahli Ikhwanul Muslimin (Mustapha Masyur adalah mursyid am IM, tidak pasti mengenai Sheikh Abdullah).

Syeikh Mustapha Masyur melihat Syeikh Abdullah sedang gelisah dan bimbang. Ketika itu, ahli ikhwanul muslimin sedang diuji dan mereka bakal dibawa kepada mahkamah oleh kerajaan.

Lalu Syeikh Mustapha Masyur bertanya kepada Syeikh Abdullah,
"wahai Abdulllah, kenapa kamu nampak gelisah sahaja, cuba katakan kepada ku, mampukah mereka meletakkan kita di tempat yang tiada Allah?"

Allahu. Zass di hati. 
Kenapa harus bersedih sedangkan kita ada Allah sentiasa bersama kita? 
Kenapa?

Teman-teman, BANGKITLAH dan BANGKITLAH !! Innallaha ma'ana!!  :) :) 

No comments:

Post a Comment