Patients in the clinic

Tuesday, January 7, 2014

Baiah itu janji !

Aku tiba di kawasan program malam itu pada jam 1. Hulu sehulu hulunya. Gelap gelita. Aku sempat khawatir bas akan jatuh gaung. Al maklum, kawasan ini terletak di kawasan yang agak tinggi. Dingin bukan kepalang. Di dalam bas, ramai yang sedang khusyuk menghafal ayat hafazan. Tiada perbualan kosong. Aku cuak melihat semangat mereka. 

Setibanya kami di tempat itu, aku melihat wajah-wajah baru. Masing-masing saling terkejut melihat wajah-wajah yang terpilih untuk berada di sini. Tidak sangka. Ada yang sudah lama kenal, sejak KMB. 
"Eh kau pun?" 
"Eh dia pun ada kat sini?"
Kami tertawa. Terputus hubungan sejak KMB, tetapi dipertemukan dalam majlis ilmu yang special ini. 

Malam itu, kami diberi briefing tentang peraturan sepanjang di kem. Wajah mereka agak ketat. Kami diberi barang amanah, telur dan nametag. Kalau telur pecah, seluruh warga kem didenda kecuali pemilik barang amanah tersebut. Briefing lama sekali, hingga jam 3 pagi. Masuk dorm, hampir jam 4 pagi. Pukul 6 pagi, dah kena berkumpul untuk qiam dan mathurat. Letih. Mengantuk.

Hari pertama dah kena denda. Aku sempat terlelap beberapa kali semasa ceramah. Aku pula duduk di tempat yang paling hampir dengan ajk disiplin dan ajk-ajk yang lain. Memang menempah maut bila tertido ketika ceramah. Bukan ceramah itu membosankan, badan terlalu letih oleh kerana perjalanan yang agak panjang malam tadi. Padahal, jemputan mantap sangat. Siriyes.

Tatkala semua diminta berdiri, dan ada yang akan di "randomly picked" untuk membaca ayat hafazan, aku kembali segar. Berdebar-debar, bagai nak pecah jantung. Tak pernah aku berusaha begitu bersungguh-sungguh untuk menghafaz , seperti kali ini. Susah sangat, sampai nak nangis bila ayat Quran tak masuk-masuk ingatan walau sudah diulang beberapa kali. Tapi bukanlah menghafal kerana takut kena denda, memang menghafal untuk mendapatkan manfaatnya dan boleh juga menambah bacaan surah dalam solat. Kiranya, program seperti ini dapat push diri aku untuk menghafal surah-surah panjang. 

Sepanjang kem, memang rasa beruntunglah sebab jemputan yang diterbangkan khas untuk kami memang bukan calang-calang orang. Kalau program lain, memang tak dapat jumpa mereka. Lagi pula, mereka memang pakar dalam bidang agama dan juga sudah lama berada dalam medan perjuangan ini. Sudah menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi. Setiap butir perkataan yang mereka ucapkan adalah ibarat mutiara yang begitu berharga. Bagi mereka, jika kerja Islam hendak dibandingkan dengan keluarga, kerja Islam jauh lebih penting. Melihat kepada cerita mereka, difitnah itu adalah perkara biasa dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Ada juga yang dibunuh, tatkala berada atas jalan ini. Kalau jalan perjuangan kita lancar dan baik-baik sahaja, mungkin ada yang tidak kena dengan jalan itu. 

Program begitu packed dengan LDK dan sebagainya. Setiap malam, kami harus melaksanakan denda yang telah dikumpul sepanjang hari. Lebih kurang macam PLKN, tetapi lebih baik kena denda sebab tak hafal surah hafazan daripada kena denda sebab benda lain. Program kali ini paling memenatkan, dan paling lama, 5 hari 4 malam. Pada dua hari yang pertama, hati agak memberontak kerana rasa terlalu penat. 

Pada hari ketiga dan seterusnya, sudah mula merasa enjoy dengan setiap slot yang disediakan. Sangat best, lagi-lagi pula bersangkut dengan taadud jemaah. Bagaimana kita mahu meyakinkan diri bahawa kita berada di jalan perjuangan yang benar? Setiap persoalan yang timbul dijawab oleh ustad dengan hujah yang jelas. Lagipun, bagaimana kita mahu berjuang jika kita tidak memahami jalan perjuangan yang kita pilih? 

Sebenarnya persoalan jemaah ini sudah menjadi perkara biasa didengari, isu curi mad'u dan sebagainya. Sudah naik mual. Perkara kecil seperti ini kalau difokuskan, akan menganggu gerak kerja tarbiyah. Bak kata ustad, "biarlah orang nak kata apa, tak payah layan". Yang paling best adalah bila kami mengalunkan lagu tema dengan penuh semangat, rasa beruntung terpilih untuk berada di jalan ini.

Pada malam yang terakhir, kami dibenarkan untuk balik dorm awal. Kak faci berkata kepada kami, "selamat tidur awal korang" sambil tersenyum sinis. Aku merasakan sesuatu lain. Memang benar kata hatiku, pada jam 2 pagi, dah kena berkumpul untuk nightwalk. Ada 5 checkpoint.

Aku ingat, di checkpoint 2, kami di test sorang-sorang tentang surah di dalam Al Quran, yang telah diulas oleh Ustad dalam ceramah yang lalu. Aku teringat, aku terlelap setiap satu minit, ketika ceramah tersebut kerana terlalu penat. Uwargh nangis T.T . Di checkpoint ini, selagi setiap sorang tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan, selagi itu ahli kumpulan lain harus berada dalam posisi push up. Nasib baik, aku jawab cepat2 sebelum ahli kumpulanku yang lain mencuri jawapanku. Lol. Dah lah ketika itu hujan, dalam hutan, berlecak, gelap gelita, sejuk. Faci muka tegang, tak senyum langsung. 

Lagi satu checkpoint yang aku ingat sampai sekarang. Kami setiap sorang diberi makanan yang berbeza. Aku diberi secawan susu. Yang lain diberi roti, ada yang diberi bawang putih, ada yang diberi cili api. Kami diberi tugasan untuk menghabiskan semua makanan dalam dua minit. Tanpa berfikir panjang, kami pun berkongsi susu yang berada di tanganku, dan menghabiskannya dengan sekelip mata. Tiba-tiba ketua kumpulan bertanya, "susu mana? "

"Err dah habis" aku menjawab.
"Kenapa habiskan? Tu sebenarnya untuk hilangkan pedas orang yang kena makan cili. Adoi" suara bos macam nak marah.

Tapi tak sempat lah kena marah. Semua sibuk menghabiskan segala makanan yang ada. Aku terpaksa makan bawang putih goreng mentah-mentah. Rasa yang sangat meloyakan. Kumpulan kami tak sempat pun habiskan makanan dalam masa 2 minit. Kami didenda plus kena marah dengan faci yang berwajah bengis.

Dendanya adalah berjalan itik, di tengah-tengah hutan yang berlecak. Perjalanan yang boleh tahan jauh. Habis kasut baruku! Kaki lenguh sangat sangat, sampai cramp. Sampai satu tahap, aku sempat memberontak. Rasa dah tak nak proceed. Tapi aku teruskan juga, sambil sempat menitiskan air mata menahan kesakitan. 

Ada lagi checkpoint yang lain, tetapi terlalu panjang untuk diceritakan di sini. Selepas nightwalk, kami pun buat bulatan muhasabah. Aku meminta maaf kepada ahli kumpulan kerana terlalu rakus menghabiskan susu tanpa bermusyawarah terlebih dahulu. Peminat tegar susu pulak tu!  Ahli kumpulan agak sporting, kami sempat ketawa mengenangkan tindakan kami yang agak terburu-buru di setiap checkpoint. Kami tekankan bahawa pentingnya musyawarah dalam membuat sesuatu keputusan, dan kadangkala pengorbanan harus dilakukan untuk kebaikan ahli dan jemaah itu sendiri.

Bila dah habis, terus majlis penutup. Memang ada satu rasa yang baru, jiwa yang berkobar-kobar untuk terus berjuang. Ada je Ustad cakap, bila lagi susah nak dapatkan satu tarbiyah, lagi kita appreciate sesuatu tarbiyah tersebut. 

Program paling best yang pernah aku hadiri setakat ini. Kepenatan itu berbaloi baloi dan memori indah bersama rakan-rakan seperjuangan ketika senang dan susah (kena denda tengah-tengah malam dalam hutan) memang tidak terganti dan sungguh berbekas di hati. Sungguh, jalan perjuangan ini tidak dibentangi dengan karpet merah! 

Infiru! 







No comments:

Post a Comment