Aku melangkah laju, tidak mengendahkan kelibat manusia lain, sekali-kali aku melihat handphone di tangan. Wah lagi 10 minit sebelum exams. Letih sedikit. Setiap hari rushing ke sini ke situ. Pegi rumah kak usrah pun rushing, kalau lambat satu minit, kak usrah buka pintu "lambat satu minit, bayar satu euro".
Apakah sebenarnya yang berlaku? Letih tetapi tidak mampu untuk mengucap kata rungutan, kerana pasti ada yang lebih letih.
Tetapi di sebalik setiap keletihan, pasti ada rasa kelapangan yang Allah kurniakan. Sungguh, aku sering merasakannya. Kadang-kadang nota lebih cepat masuk ke dalam otak, kadang2 lebih mudah fokus di kelas. PertolonganNya terlalu banyak. Padahal aku terlalu leka.
"Kenapa ek kita pilih jalan ni? Kalau emi tak pilih, boleh senang je duduk kat bilik belajar HND, tak perlu pikir pasal kerja, banyak sikit masa lapang"
"Tau tak, beruntung tau emi dipilih untuk berada di jalan ni. Bukan semua orang terpilih dan dibuka pintu hati macam yang emi dapat tu. Orang lain tu, diajak berapa kali pun tak terbukak bukak hati"
Aku mengangguk. Dalam hati yang paling dalam, aku selalu terpikir kenapa dalam banyak-banyak orang, kenapa aku yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab ini. Bersyukur sangat. Walaupun berat, tetapi di sebalik itu, ada satu kuasa yang kuat yang membuat aku tidak mampu untuk menolaknya.
Berat, tetapi sentiasa ada kemanisan di sebalik semua itu. Terlalu manis.
"Apa perubahan sebelum dan selepas berada di jalan ini? "
Soalan round table ketika usrah haritu. Aku menjawab serba ringkas.
Di kala aku sendirian di bilik, aku pun melistkan satu persatu perubahan yang berlaku.
1) Aku merasa lebih banyak kasih sayang yang mencurah curah masuk dalam hidupku. Sentiasa ada kawan seperjuangan yang mengingatkan. Ada kak usrah yang sentiasa memberi kata taujihat yang pedas, tetapi seringkali masuk ke hati. Kadang-kadang kalau kena marah tu, dah tak kisah dah sebab tau kak usrah tegur tu sebab sayang. Kalau dulu, selalu bergaul dengan satu batch je, sekarang dari first year, sampai tingkat dokter dokter dah circle of friends. Bukan setakat dokter, ustad-ustad pun ada. Whatsapp grup pulak selalu aktif, penuh dengan kata-kata semangat, sharing2. Lagi pulak, kak D baru bersalin, dapat anak buah! Penuh whatsapp dengan komen-komen yang mengharukan, semua pun seronok bila baby dah lahir. Seronok sangat jenguk baby kat Hospital Galway haritu. Nanti kalau akak kerja, biar emi jadi babysitter tau tau. Terima kasih Allah sebab beri aku untuk berada dalam keluarga besar ini. TERLALU BERHARGA.
2) Aku melihat tujuan yang jelas dalam perjuanganku. Untuk kali pertama, aku bersemangat untuk membuat suatu perkara dengan kerelaanku sendiri. Bukan sebab kak usrah garang, bukan sebab tiada pilihan. Aku yang memilih untuk berbaiah, aku yang memilih untuk berada di atas jalan ini. Lillahi Taala. Kalau boleh, nak berada di jalan ni sampai bila-bila. Amin!
3) Aku lebih menghargai masa. Setiap masa terlalu berharga. Bangun pagi dah set, harini ada usrah, esok ada liqa', lusa ada meeting online. Jika bertemu sahabat perjuangan, tiada lain yang dibincang selain tentang perjuangan. Lain dengan dulu, selalu bincang benda-benda yang kurang penting. Sekarang bincang topik yang lebih besar. Bincang isu semasa, perkembangan usrah, program tu lah ini lah. Uwargh over je!
4) Lebih menghargai tarbiyah. Lebih merasa kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Islam. Kalau tak, macam mana nak berdakwah kat orang, kalau diri sendiri kurang ilmu. Sekarang ni bila dah pegang jawatan, dah kena research sendiri. Sendiri yang kena sampaikan ilmu kat orang. Kena present time meeting, kalau tak buat homework, memang tebal muka. Buku usrah tu makin banyak kat rak. Buku-buku sekarang dah takde pasal cinta dah, memang takdenya kalau nak baca buku Hlovate. Semua haraki dan tentang perjuangan! Fuyoh.
5) Hidup terasa lebih lengkap. Setiap hari bangun pagi, sentiasa rasa ada benda yang di look forward kan. Setiap hari pasti ada perkara yang bersangkut paut dengan jemaah. Tidak pernah terasa ada masa yang kosong untuk digunakan untuk buat benda yang tidak bermanfaaat. Ya Allah berkatilah masaku ini!
6) Lebih mengerti dan memahami jalan perjuangan. Setiap hari, ada je benda baru yang dapat belajar tentang perjuangan. Dari ajk penempatan, ajk nursery, ajk makanan, ajk pengangkutan, ajk promosi, semua dah aku try. Nanti nak try pegang unit BM pulak lah :P
Banyak lagi perubahan bila dah masuk jalan ni. Ada orang kata, kenapalah bersemangat sangat nak buat program, padahal serba sibuk kot.
Sebab disebalik semua keletihan ini, aku merasakan kebergantungan yang tinggi kepadaNya.
Di sebalik semua ini, aku merasakan pertolonganNya yang terlalu amat dekat.
Di sebalik semua ini, aku merasakan cintaNya.
Di sebalik semua ini, ada kemanisan yang tidak dapat aku gambarkan.
Aku merasakan inilah jihadku. Aku terlalu sayang akan jalan perjuangan ini.
P/S oh ALLAH, aku rasa aku dah jumpa dia. Ke dia bukan orangnya? Kalau bukan, jauhilah aku darinya. Kalau ya, permudahkanlah. Amin. <mintak-mintak takde orang baca>
No comments:
Post a Comment