Patients in the clinic

Friday, April 18, 2014

Dia memanggilku.

Aku terbangun dalam kegelapan malam. Terlalu kelam.

Automatic reflex, tengok hp. Fuh, masih 2 pagi. Lambat lagi Subuh.
Dua malam berturut-turut aku terbangun jam 2 pagi.
Belum ada bunyi burung-burung yang seringkali terdengar pada pagi hari.

Bunyi ketukan di dinding masih belum reda.
Tiada suara dengkuran atau suara dari bilik bawah, bilik jiranku.
Masakan mereka belum tidur.
Sepi sekali.
Hanya bunyi di telinga berdesing kerana terlalu sepi dari mana-mana bunyi.

Knock knock.
Bunyi di dinding.
Terasa dekat sekali.

Mata tertutup ketat,
ku tenggelam dalam ketebalan duvet yang begitu menghangatkan.

Knock knock.
Sesekali terasa meremang satu badan.

Knock knock knock.
Kali ini lagi persistent.

Ergh.
Benda ni nak kejut orang bangun qiam ke apa?
Faine.

Aku terus bangun, kucapai macbook dan ku mainkan ayat Quran kuat-kuat.

Allahu.
Nak melangkah ambil wudhu pun perlu mujahadah yang tinggi.
Disitu gelap.
Disini gelap.
Nak je aku bukak lampu satu rumah.

Tapi aku berjaya.
Yeah.
At least dapatlah compensate mabit yang aku ponteng tempoh hari.

Bila dah habis Subuh,
bunyi tu hilang.
Hamboi.

Pagi tu, ada orang whatsapp.

"Ok tak? "

Budak ni.
Macam tau-tau je.
Selalu muncul bila orang kena 'musibah'.

"ok. tapi ada hantu pagi tadi ketuk-ketuk dinding"
"oh. pocong la tu , cuba check ada tanah merah ke kat dinding"
"eeeeeee jahatttttt"
"tunggu malam nanti"

Err. Thanks. You always have your own way to comfort me. Walaupun annoying.

Anyway, selalu je terdengar kisah Allah purposely kejut kita tengah-tengah malam sebab Dia rindu kita. Orang cakap, kalau Allah dah kejut tu, the least thing we can do is to make du'a. Tengah-tengah malam lah, doa paling mustajab dan datang dari hati.

Terima kasih Ya Rabb,
Kau memanggilku,
tatkala aku sedang memerlukan kekuatan itu.


UISH. Sentap ni.

No comments:

Post a Comment