Raya tiba lagi. Adakah kita sudah di transformasi, ataupun kita masih tersepit dalam jahiliah yang masih membelenggu diri? Terawih ticked, hafazan checked, kuih raya dah berbalang balang, rendang ticked, baju raya pun dah, ehem apa kabar iman? Aduh berpeluh nak menjawabnya.
Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini sungguh spesial di hati. Full one month puasa kat rumah dengan family. Dapat jumpa anak yatim dan fakir miskin, dapat peluang bagi-bagi juadah berbuka puasa kepada orang awam, dapat kenal kawan-kawan baru di program, masyaAllah tarbiyah yang begitu berharga, terima kasih ya Allah. Bak kata ustad kat daurah haritu, baguslah buat program time bulan puasa, ilmu dapat, pahala dapat, jimat pun jimat sebab tak perlu peruntukan untuk makan tengahari. Hehe.
Semoga amalan-amalan kita di bulan Ramadhan yang baru saja meninggalkan kita ini, dipandang oleh Allah dan diberi ganjaran pahala olehNya. Bicara mengenai ganjaran pahala, diri ini teringat tazkirah ramadhan tempoh hari iaitu, Rasulullah pernah bersabda bahawa, setinggi manapun amalan kita, tidak semestinya semua amalan kita itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.
Lalu para sahabat bertanya, bagaimanakah supaya apabila kita beramal, amalan itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah?
Rasulullah pun menjawab, jaga lidahmu.
Begitulah signifikannya percakapan kita, sehingga boleh menentukan bahawa amalan kita itu diterima oleh Allah. Sesungguhnya pertuturan kita boleh mencerminkan baik buruk akhlak kita. Adakah kita termasuk dalam golongan yang hanya menjaga pertuturan kita di bulan Ramadhan, tetapi di hari kemenangan, kita tewas dengan hasutan syaitan yang kini sudah bebas, lalu kita menuturkan kata-kata yang boleh menghiris perasaan orang lain? Mengumpat apatah lagi, apakah enak menikmati juadah daging saudara sendiri di pagi raya? Nanges.
Berbicara mengenai raya, dugaan memang banyak. Nikmat pun banyak. Nikmat tu pon boleh jadi dugaan. Haa camne tu?
Berikut adalah situasi yang mungkin dapat dikenal pasti pada hari raya
Situasi 1 (di rumah sedara):
X : weh, tak bole salam kan pakcik yang tu?
Y: entahlah, rasanya macam tak boleh, tak payah je la salam.
Z: haah, dia sedara jauh atok. Tak boleh salam.
X: oh okeh okeh. Sip.
Lalu X pun berjalan menuju makanan yang terhidang, tiba-tiba datang atok kepada X, mendekati X.
Atok X : ni haa cucu saya yang belajar obersi tu, kakak, da salam pakcik ni? Haa gi Salam
X: errrr, ta...pi....
Atok X : apa tunggu lagi, salam la pakcik ni..
X dengan penuh serba salah menghulurkan tangannya. Niat untuk menjaga hati atok dan pakcik tersebut.
X ketuk kepala sendiri. Nak jaga hati manusia, tapi pandangan Allah macam mana pulak?
Sesal tak sudah.
Situasi 2:
X pakai handsock ketika pergi beraya. Ada juga yang menegur,
"Tu apa tu, style UIA? tak bole pelik lagi ke style?"
OR
" tu haper tangan berbalut balut? Luka ke?" (Dengan wajah concern giler)
"Ohh, tak la tangan ok, ni style je atok, saja jer"
X ketuk dahi sendiri. Macam-macam ada.
Situasi 3:
X pakai stokin dalam rumah atoknya yang merupakan tempat berkumpulnya sanak saudara, pada hari yang panas terik. Datang seorang hamba Allah menanyakannya soalan,
"Hei X, nape pakai stokin? Dah tak betul ke apa? Hari panas2 camni pakai stokin dlm rumah"
X : err, saja jer. Suka hati org la nak pakai stokin (sambil jelir lidah) lol
Situasi 4:
Ketika beraya, akan bertembunglah makcik makcik bersama anak-anak mereka yang lucu sekali.
X duduk kat tengah-tengah makcik ni, dan hanya mendengar perbualan mereka dengan khusyuk.
" umur anak awak ni berapa bulan?
"Oh baru 4 bulan, awak punya pulak?"
" ni baru 3 bulan, dulu lahir berapa berat dia?"
" 3 kg je, yang ni?"
"Anak saya ni 4 kg, memang berat. Ni pun haa kuat menyusu, sebab tu berisi. Minum dutch lady"
X yang berada di tengah-tengah kini diuji dengan perasaan tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri. K lawak jer.
Tapi ada la jugak diuji sikit dengan perasaan tu. Sikit je.
Dan banyak lagi lah situasi lain.
Inilah hakikat perjuangan, tidak kalis dari ujian dan akan terus diuji supaya kita betul-betul kuat. Bab pakai stokin tu memang setiap tahun pun akan ditanya lol. Orang putih pun tak tanya macam-macam. Tapi mungkin sebab Ireland tu sejuk, acceptable la kot pakai stokin dalam rumah. Lol.
Bab kahwin, hmm. Susah nak cakap, dah nak masuk adult world ni, macam-macam jenis soalan pun ada. Tak nk grow up boleh tak? Nak jadi budak kecik sampai bila-bila. Hee.
InsyaAllah dalam kegembiraan menyambut hari raya ni, jangan kita lupa pada saudara kita di mesir, syria, palestine yang sedang berjuang menggunakan segala kudrat yang ada untuk menegakkan islam, agama tercinta.
Mereka berkorban harta, masa dan tenaga, untuk agama Allah yang agung ini.
Agar generasi akan datang akan turut dapat merasa nikmat Islam iaitu niikmat terbesar yang selalu kita lupakan.
Ada yang sudah pun beraya di syurga, pakai baju raya yang jauh lebih indah dari baju raya kita sekarang. Balik kampung di syurga pada hari raya, masyaAllah Itulah kemenangan yang sebenar-benarnya. Beruntungnya mereka!
Jangan kita lupa juga pada yang kurang beruntung.
Ketika kita gembira bermain mercun dan bunga api,
mereka yang lain sedang meratap kepergian ibu dan ayah mereka yang telah pergi menghadap Illahi.
Ketika kita sedang enak menyantap rendang dan lemang,
Mereka yang lain sedang menyantap nasi berkuahkan garam.
Ketika kita gembira bertemu sanak saudara,
Mereka yang lain ada yang hidup sebatang kara.
Begitulah susunan yang ditentukan oleh Allah. Tidak pernah tidak adil. Ada yang beruntung, ada yang kurang beruntung. Adakala kita di atas, ada masanya kita di bawah.
Supaya orang yang beruntung bantu orang yang kurang beruntung.
Supaya orang yang berkemampuan bantu golongan yang miskin.
Supaya kita saling berbagi dan berkongsi nikmat Illahi.
That is what Islam is all about.
Thanks to Allah for all His tarbiyah.
Thanks to Allah for giving us Ramadhan and Syawal once again.
Semoga kita berjumpa lagi di lain tahun.
I already miss you, Ramadhan.
yg pasal adat tu ha, tak boleh nak dihilangkan, ckp pasal sedara dah tak ingat yg mane muhrim yg mne bukan muhrim. nk jaga hati, jaga adat. agama diketepikan, aurat tak terjaga, bersalaman antara yg bkn muhrim dgn alasan dia adalah sedara. hurmmm, kne tarbiyah diri..
ReplyDelete