Dia duduk berfikir sebentar di biliknya, membayangkan kehidupannya pada masa akan datang. Dia mempunyai rancangan, akan dia lakarkan di satu ruangan, satu diari hati. Rancangan dalam tempoh mungkin lagi 3 tahun akan datang, 10 tahun mendatang. Hidup ini perlu ada perancangan yang rapi, perlu ada persediaan.
Ayahnya sendiri pernah melakarkan gambar keluarga impiannya di sebuah potret , di sebelahnya ada kereta dan rumah idaman. Ketika itu, ayahnya masih 17 tahun. Di dalam timeline nya, ada juga tertulis, di umur tertentu, sudah ada beberapa permata hati. Tidakkah terlalu awal untuk bermimpi?
Mungkin tidak. If you fail to plan, you plan to fail.
Kelmarin ketika kuliah online, ada topik mengenai kelebihan berkahwin pada usia muda. Hati ibarat melonjak-lonjak ingin mempunyai teman hidup. Tetapi tidak, perasaan ini harus dikawal. Perkahwinan perlukan kematangan dan persediaan.
" Anak-anak muda, kahwinlah kalau dah bersedia. Boleh bergurau senda, boleh joging bersama, boleh belajar bersama, boleh pergi program bersama"
Uwargh. Jangan promote. (Tanak dengar tanak dengar ~ sambil tutup telinga menggunakan hoodie).
Dia menambah lagi,
"Lebih elok, muslimin kita kawin dengan muslimat kita. Untuk kesinambungan dakwah"
Not this one, dia bermonolog dalaman.
Cukuplah agama sebagai kayu ukur. Kalau bertemu dengan yang berada di atas perjuangan yang sama, mungkin itu bonus bagi dirinya.
Dia membayangkan dirinya selepas berkahwin, dua-dua mungkin doktor. Bekerja di hospital yang berbeza. Pergi program yang berbeza. Bilakah mereka akan spend time bersama? Weekend mungkin busy dengan program. Weekdays kerja. Parah ni kalau tak plan betul-betul. Trauma seketika. Kahwin dengan ustaz jela senang.
Again, If you fail to plan, you plan to fail.
Baru minggu lepas, kak usrah membahaskan tentang persiapan yang perlu ada sebelum berkahwin., atau boleh di apply selepas berkahwin. Penting!
[Sebelum kahwin, pastikan belajar dulu Surah An-Nur yer (ni tak masuk dalam point)]
1) Tahu menjaga kebersihan dan kesucian
-Allah itu suci dan suka akan kebersihan.
- Tahu bagaimana untuk mensucikan diri (mandi wajib dan sebagainya)
-Bagaimana nak tahu bila boleh solat selepas bersalin,
apa perbezaan antara darah wiladah dan darah nifas? (kalau tidak tahu boleh tanya husband nanti, bonus kalau husband ustaz , lol )
Kalau tak tahu lagi bab ni, jangan kahwin! Ilmu ini sangat penting.
2) Sistematik dan kemas
- Bak kata Nouman Ali Khan "If you can't take care of your house (or your room), how are you going to take care of the households?"
- Hasan Al Banna, walaupun sibuk dengan urusan dakwah, dia menulis setiap details mengenai perkembangan anaknya, dari vaccine ketika kecil hingga anaknya besar. Ketika anak perempuannya ingin berkahwin, dia menyerahkan segala apa yang ditulis olehnya mengenai anak perempuannya kepada menantunya dan berkata " aku ingin kau menjaganya seperti mana aku menjaganya". Pergh.
3) Menjaga ketenteraman dan kerahsiaan
-Baik buruk pasangan atau sebarang rahsia dijaga dengan rapi, tidak disebar kepada orang. Kemesraan tidak perlu ditayang di facebook (lol)
4) Mencari ilmu
-Kepentingan usrah sesama sendiri, antara pasangan yang dah berkahwin (bestnya).
- Kedua-dua mengambil peluang untuk belajar ilmu agama.
5) Mempunyai financial yang kukuh
- Nak kahwin takkan nak pakai duit parents. Haa tu dia, Emi, sila menabung!
- Kena jaga harta suami, tidak boros atau menggunakan duit untuk perkara yang tidak berfaedah.
- Suami harus mencari rezeki yang halal (isteri pon!)
6) Menjaga komunikasi dan interaksi
-Spend time bersama dan menjaga komunikasi dengan Allah
- busy macam mana pun berprogram ke, pergi surau ke, kena ada masa untuk each other (sedih je kalau sorang-sorang makan kat rumah, tapi suami makan dengan usrahmates, lol BOB)
- Jaga ibadah, saling mengingatkan kalau lalai dan terlalu sibuk dengan keduniaan.
7) Menjaga kesihatan dan pelihara kekuatan jasmani
- Masak makanan yang sihat untuk suami (jangan aim nak gemukkan suami, konon nak tunjuk suami bahagia lepas berkahwin, uwargh k ni lawak)
- Pergi beriadah bersama. Joging bersama. Tak suka joging
8) Kawalan penghuni dan nahi mungkar
- Kalau ada anak, penting untuk anak lelaki dan perempuan dipisahkan tempat tidur ketika umur 10 tahun
9) Hubungan dengan jiran harus dijaga
- Masak makanan lebih sikit, sekali sekala bagi kat jiran.
- Melawat jiran kalau dia sakit atau tidak sakit.
10) Menjaga kawalan keluar masuk
- Tak boleh masuk bilik parents, terutama ketika selepas Isya' dan sebelum subuh (lol diri sendiri selalu buat , sori mak ayah)
Ini semua bukan rekaan sendiri. Diambil dari buku yang ditulis oleh tokoh yang tidak diingati namanya kerana tak dicatat ketika usrah.
Jadi, nak kahwin bukanlah perkara mudah. Yeay lambat lagi kawin.
" O you who are patient,
Bear a little more,
just a little more remains"
- Ibn Al Qayyim.
p/s kalau boleh, nak je kahwin sekarang untuk stop dari terus-terusan buat maksiat. Tapi kahwin bukan satu-satunya solusi.
No comments:
Post a Comment